ciptaan-MU indah.. (bahagian 5)



  1. PETRA; Keajaiban Purba Kala (Bandar berwarna ros yang Megah)

Bandar Petra, ibu Negara Arab Nebati, sejarah yg megah dan termasyhur di jordan, terletak kira-kira 262 km ke selatan Amman. Lebih 2000 tahun dahulu, orang Arab Nabati menjadikannya sebagai tempat perhentian, tetapi memandangkan tempatnya yg baik untuk pertahanan, mereka menjadikannya kubu serta ibu negara mereka.

Apa yg mengagumkan saya, sampai ke hari ini, ‘arab-arab’ ini masih mengekalkan tradisi badwi mereka, iaitu hidup secara kuno. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana mereka menjalani hidup dalam arus kemodenan ini, mereka seolah-olah tidak tertarik dengan kemodenan, bagi mereka, mereka lebih selesa hidup dalam keadaan begitu. Tetapi yang melucukan saya, ada sesetangah mereka yg mahir menggunakan telefon bimbit !!

Antara lain adalah, dengan menunggang kuda, keldai atau kereta kuda, unta serta berjalan kaki melalui (siq), iaitu pecahan-pecahan bukit sepanjang 1000 meter dengan ketinggian 300 meter, seolah-oleh kedua belahnya bercantum.

Jika anda tahu, di penghujung Siq, ia kelihatan condong dan bulat di tepinya, tiba-tiba kelihatan el-Khezneh, satu keajaiban alam yg agung, digali dengan tangan dalam bukti batu pejal yang tinggi, setinggi 140 meter dan seluas 90 meter.Ajaib bukan? Gunung batu mampu “ditarah” dengan tangan tanpa teknologi mesin, tetapi mampu menghasil sesuatu yg luar biasa.

Selain tiu juga, Petra juga menyimpan kesan Beida dan Basta yg berumur lebih 8000 tahun, di samping Urduh yg terkenal dalam sejarah Arab.

Tidak hairanlah mengapa Petra di umumkan sebagai salah satu daripada 7 perkara ajaib dunia pada tahun lalu.


Saya percaya, perjalan anda di Petra tidak akan menjemukan pandangan anda setiap kali melihat keindahannya. Saya berani menjamin, 3 jam perjalan tidak cukup untuk meneroka isi kandungan kota Ros ini, bahkan anda memerlukan masa sehingga 6 ke 7 jam untuk meneliti segenap penjuru Petra, namun, sekiranya anda ingin ke Monestrey, masa peruntukan anda perlu ditambah lagi daripada masa yg sedia ada, percaya atau tidak? Tapi itulah hakikatnya.


2 kali kunjungan saya ke sini belum cukup untuk memuaskan hati kerana hasrat untuk ke hujung kota Monestrey belum lagi kesampaian. Akibat terlalu letih, akhirnya terpaksa berpatah-balik dengan menunggang kuda, mahal nombor dua yg penting tiba cepat.

Suatu kerugian amat besar sekiranya kunjungan anda ke Jordan tetapi tidak menjejakkan kaki ke Kota Petra ini.

Segala maklumat lanjut mengenai PETRA dan percutian ke sini, bolehlah anda melayari:

http://www.visitjordan.com/

http://www.visitjordan.com/visitjordan_cms/MajorAttractions/Petra/ConferencesEvents/tabid/88/Default.aspx



0 Responses so far.