ciptaan-MU indah.. (bahagian 6)

JORDAN: DESTINASI YANG TIDAK MENGHAMPAKAN


g. AQABAH: BERSANTAI DI LAUT MERAH

AQABAH, persisiran laut merah,anda akan dapati keseronokkan yang diingininya. Di musim sejuk cuacanya yang agak panas, membolehkan anda beriadah di dalam air. Pepohon tamar dipukul bayu teluk, membangkitkan keindahan ciri-ciri udara yang menyegarkan, di samping menikmati banjaran bukit di sekeliling yang sentiasa berubah warnanya.

Kalau anda mahu, anda akan pasti dapat menyelami sejarah dengan melawat tempat bersejarah yang kembali kepada 500 tahun dahulu. Ini disebabkan Aqabah pada zama dahulu, adalah tempat perrtemuan jalan-jalan yang menyambungkan laut dan darat antara benua Asia, Afrika, dan eropah.



Sejauh beberapa meter sahaj dari pantai, anda dapat menikmati alam laut yang amat mempesonakan. Menyelam di dasar laut dengan menggu
nakan paip, melakukan senaman yang digemari seperti ski air, memancing, berperahu, dan sebagainya.


Antara kesan-kesan lama, bandar Avla Islam, Kota Aqabah Zaman Mamluki,. Antara kesan yang semestinya anda lawati ialah muzium yang dibina di rumah peningalan el-Hussin bin Ali, Datuk Kepada Raja Hussin. Di mana sahaja, terdapat hotel-hotel yang selesa, menyediakan kemudahan seperti riadhah laut juga makanan yang berbagai jenis.



Walaupun ini adalah kali ke lima kami menjejaki kaki ke sini, namun belum ada kepuasan untuk kami menjelajah seluruh isi Aqabah. Warna Air lautnya sudah cukup untuk kami terasa tenang ketika memandangnya.




Yang menariknya, kami berpeluang menaiki bot kaca di mana kami dapat melihat apa yang terdapat di dasar laut seprti kereta kebal karam dan batu-batu karang.


segala maklumat dan percutian di sana bolehlah anda melayari:

http://www.visitjordan.com/

http://www.tourism.jo/inside/main.asp

0 Responses so far.