HAMPA DAN HIBA KERANA....


Siri-siri Pembohongan (Hipokrit) serta Sikap Belot Mereka

Anda sudah tahu? Tetapi saya ingin beritahu agar anda tahu dan mampu berbuat sesuatu..


• Saudi Arabia yang menjadi Big Brothers kepada semua negara Arab TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga tulisan ini, mungkin kerana sibuk dengan sidang negara Teluk di Oman dari 29-30 Desember. Sebenarnya bukan kerana faktor tersebut, tapi Saudi memang sudah diikat kakinya oleh Amerika.

• Turki juga mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Israel akan menghalang usaha damai yang ditaja oleh Turki. Tidak ada usaha ketenteraan dari pihak Turki, sedangkan apabila Kurdish menyerang sempadan wilayahnya, mereka memburu pejuang kurdish hingga ke wilayah Iraq (menceroboh kawasan negara jiran!!). Di mana solidariti Turki sebagai negara yang kononnya mahu menaikkan imejnya sebagai Negara Islam.

• Presiden Palestine Abbas atau nama gelarannya Abu Mazin, mengeluarkan kenyataan yang tidak menampakkan kesedihan beliau atas apa yang berlaku. Beliau sekadar mengatakan tindakan Israel itu akan menghalang plan damai tajaan Amerika. Inilah boneka yang Tidak
menyembunyikan kebonekaannya kepada Israel dan Amerika. Pembelot negara Palestine yang dijulang oleh Amerika dan Barat dan sebahagian negara Islam yang bebal.

• Kesatuan Eropah menyelar tindakan Israel dan meminta Israel mengehentikan tindakannya tanpa sebarang ugutan tegas untuk menggunakan kekuatan tentera seperti yang mereka lakukan ke atas Bosnia, Iraq, Afghanistan dan lain-lain lagi. Kenyataan tersebut
hanya untuk melunakkan telinga mereka yang leka, lalu menyangka EEU menentang tindakan Israel tersebut.

• Rusia menyelar tindakan Israel dan menyeru Israel memberhentikan segera serangan tersebut. Arahan hanya dengan air liur. Dan lebih memeranjatkan juga Rusia meminta HAMAS juga menghentikan serangannya ke atas Israel yang sehingga kini telah membunuh seorang penghuni HARAM Israel dan mencederkaan 4 orang lagi penguni HARAM (yang
merampas tanah rakyat Palestine). Arahan Rusia kepada HAMAS seolah-olah HAMAS menyerang Israel, sedangkan HAMAS hanya mempatahankan diri mereka.


• Amerika mengingatkan Israel supaya TIDAK menyerang kawasan orang awam. Itulah peringatan Amerika kepada Israel. Amerika dengan jelas mengatakan ia menyokong serangan tersebut kerana ia adalah usaha untuk menghapuskan HAMAS, kumpulan terrorist. Percayalah cendikiawan sekelian, kalau ada usaha untuk mengecam atau mahu mengheret Israel ke muka pengadilan Amerika akan menggunakan sekali lagi kuasa VETO di PBB.

• VETO Amerika sebenarnya boleh di VETO pula oleh pemegang kuasa VETO yang lain spt Rusia, Britain, dan China. Soalnya adakah mereka akan overule VETO Amerika? Mereka TIDAK akan VETO Amerika bukan kerana mereka takut pada Amerika, tetapi mereka juga bersekongkol dengan Amerika kerana mereka mahu melihat HAMAS hancur, dan mereka tidak merasa dukacita apabila rakyat Palestine bermandi darah.



Saya juga amat berduka cita kerana ketika artikel ini ditulis Ghazzah masih lagi dalam kegawatannya. Orang-orang ISLAM di sana terus bermandikan darah. Sebaliknya Negara-negara yang berkuasa itut erus membisu seribu bahasa. Cuma yang menambah sejuk dan terubat di hati saya adalah janji pihak HAMAS yang sanggup berjuang sehingga titisan darah terakhir, walaupun mereka tahu mereka sedang berhadapan dengan maut dan bahaya, tetapi demi melihat kedamaian di bumi suci itu, apa jua mereka akan sanggupi. Berperang dengan tiada kelengkapan bukanlah halangan, yang terutama semangat juang yang tinggi.

Tohmahan ini bukan untuk rakyat yang sudah mulai bangkit dan sedar, tetapi buat pemimpin-pemimpin besar yang pengecut lagi belot, kerana rakyat bangkit berbuat sesuatu untuk kebenaran atas dasar hak kemanusiaan yang perlu dibela. Tahniah untuk rakyat biasa-biasa seperti kita kerana mulai muncul daripada kebobrokan dengan kewarasan akal. Tunjuk perasaan dan rapat umum itu bukan tanda kita tidak mampu berbuat apa-apa, tapi menunggu saat dan peluang yang sesuai utntuk maju. Nilainya hanya di sisi ALLAH taala.


Nilai Manusiawi dan Harga Sebuah Maruah


Tatkala pilu suara tangisan rakyat Palestin kerana kediaman mereka musnah dek serangan zionis, di hujung sana ada terdengar suara halus dan lembut menangis teresak-esak. Sekumpulan lagi menangis di kaki-kaki lima runtuhan bangunan. Rupanya kekejaman ini langsung berat sebelah dan tidak bermaruah. Orang yang tidak berdosa juga turut menjadi mangsa mereka. Anak-anak kecil semuanya menghitung hari selepas ini giliran siapa pula. Kalau bukan engkau pasti aku, kata mereka. Sejak hari pertama serangan, hingga ke hari ini jumlahnya sudah terlalu ramai mangsa yang terkorban. Tidak kiralah gelarannya apa, Ayah ke Mama ke, adik atau kakak, peluru tidak kenal semua itu bila menghujam. Ah, sedang menikmati makan malam sekalipun, tiba-tiba peluru singgah di situ, maka jadilah hidangan itu santapan yang terakhir untuk sanak keuarga bersemuka. Zalim sungguh!!


Inilah bila sudah hilang nilai-nilai manusiawi, seolah harga nyawa itu ditentukan oleh sebutir peluru murahan. Yang penting dapat sebidang tanah. Kata Israel, orang-orang awam sebegini ada menyimpan senjata merbahaya di rumah-rumah tinggalan mereka. Jadi Israel perlu musnahkan tempat-tempat itu, untuk keselamatan bersama. Moleklah begitu, ingin musnahkan senjata, tapi tuan senjata pun turut mati sekali. Umpan, umpan, sebenarnya kalau sudah ada helah lain khabarkan sahaja, kenapa mahu berselindung-selingdung? Mereka itu semua manusia seperti kamu juga ingin hidup bermaruah dan bersama manusiawi yang lain dalam aman dan tenteram, namun kamu musnahkan maruah mereka dengan alasan yang bukan-bukan.

Kalau sudah namanya kafir yahudi, maka begitulah sifat-lakunya, buas! Benarlah kata ALLAH: mereka sekali-kali tiada redha selagi manusia tidak mengekori gerak telunjuk mereka. Buas mereka sehingga sanggup mengatasi keperluan dan batas manusiawi tanpa mereka fikir-fikir.

p/s: kalau kata benci, biar benci seluruhnya. in my heart PALEStina..

afiq saleh
2346 pm

0 Responses so far.