Kerana merasakan ruang pembacaan yang terlalu sempit, widgest dan iklan yang terlalu banyak sehingga menampakkan keserabutann sawang-sawang, saya terus berfikir-fikir yang blog LIFE ini perlu di upgrade semula kondisi dan posisinya agar pengunjung merasa selesa untuk terus meneroka sidang pembacaan. Psikologinya, kepadatan dan keserabutan akan membuang dan menghilangkan mood pembacaan. oleh yang demikian hasrat saya untuk mengurangkan keserabutan dan meluaskan ruang artikel, adalah bertujuan memberi keselesaan untuk anda semua. Walaupun kurang indah pada corak dan temanya, bukan bermakna anda akan meninggalkan LIFE ini, yang penting pada penyampaian. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan komen juga kritikan, dan anda juga yang terus setia menemani saya di laman maya ini. Tanpa anda di sini, mungkin pandangan dan lontaran saya yang berbentuk artikel ini tidak akan bermanfaat sama sekali.


LIFE akan terus dengan kehidupan yang baru

0 Responses so far.