Perempuan, Wanita dan Muslimah. Sinonimnya kata-kata itu mengibaratkan seorang yang luhur disertakan dengan kelembutan yang berhias di samping diri mereka, lalu keindahan hiasan itu menjadikan perempuan atau wanita itu dianggap lambang kesopanan, ketertiban, keanggunan, kejiwaan serta semua sifat-sifat kewanitaan, ada juga yang menyebut ciptaan mulia dan cantik ini sebagai jatidiri dan nilai ketimuran.

Perempuan,

Sikapnya sering menjadi tarikan kerana kelembutan yang dipelihara, juga kerana tingkah lakunya yang berhalus, dan yang lebih dipandang mulia adalah kerana adab yang disulamkan dengan kepelbagaian akhlak yang molek serta cantik dipandang mata. Oleh kerana itu, wanita atau perempuan yang baik-baik ini senantiasa menjadi rebutan sang kumbang. Kata hati seorang lelaki: biarlah si fulan (wanita) itu ilmunya tidak setinggi mana sekalipun, yang mahunya adalah akhlak dan budinya yang baik. Maka benarlah isi hati lelaki tadi, wanita yang baik walaupun tiada paras rupa yang cantik dan kurang ketinggian ilmu lebih dipandang, saya peribadinya amat bersepakat!

Wanita,

Lalu, mana-mana wanita menjadi lega hati gugupnya, bila si laki-laki memberi jaminan demikian. Maka berlumba-lumbalah para wanita memelihara kelembutan seorang wanita, kehalusan seorang yang bergelar dan lazim dipandang lembut serta mulus, sehingga ada yang buat-buat baik dengan memasukkan nilai luhur itu, ada juga setengahnya yang lebih bertegas, menolak segala sikap kekerasan dalam diri wanita semata-mata mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita di mata seorang lelaki. Akhirnya, itu tak boleh, ini pun tak boleh, semua tidak boleh. Mengapa? Kerana nanti malu dipandang oleh lelaki dan dicop sebagai wanita over, poyo dan tak tahu malu.

Lantas saya menolak tanggapan itu sebulat-bulatnya.


MALU PUN ADA, TAPI PADA TEMPATNYA

‘ana ingat nak minta ustazah saja yang berikan ucapan alu-aluan malam ini, baru nampak kelainan sedikit dalam majlis kita’

‘oh ya! Ana rasa muslimin lebih elok berucap, lagipun tak sesuai pula kalau muslimat ke depan’

Ini jawapan atau alasan saya tidak tahu dan kurang arifnya. Cuma yang saya pastikan, ada sedikit dalih.

‘ana dah cuba betulkan LCD ni tadi tapi tak bernyala juga, apa kata ustazah cuba pula. kalau boleh segera ya, majlis nak mula sekejap lagi’

‘ana malulah ustaz, ramai sangat muslimin di depan tu, ustaz sajalah yang betulkan. Majlis mula lewat sikit pun tak apa’

Kalau bukan jawapan, dalih atau hujah apa ya? Alasan pun bukan juga, mungkin juga saya kira mereka mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita dan tidak mahu dilabel sebagai muslimah yang tidak tahu malu. Iyalah, wanita ini kerjanya di belakang, kenapa tiba-tiba sahaja beria mahu ke hadapan? Tak tahu malukah? Saya tidak kata begitu, tapi kata-kata itu dilontar oleh seorang wanita juga.

Oh ya! Kalau muslimat itu kerjanya di hadapan dan tiba-tiba menggantikan tugas yang lazimnya dibuat oleh seorang lelaki mereka akan digelar tak tahu malu, poyo dan over? Minta beri ucapan, tak boleh! Nanti bimbang orang akan berkata itu dan ini. Lagipun kami ini golongan hawa, perlu menjaga malu berbanding muslimin. Lalu, malu yang macam inikah yang patut ada pada muslimah? Malu untuk ke hadapan? Malu untuk berbuat kebaikkan?

‘Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh’

Malu! katanya bila ditanya.


Saya bukan mahu memburukkan mana-mana muslimah, tetapi gejala buat-buat malu dan hipokrit seperti ini sudah lali, muak dan jelek dilihat. Di kampus, apabila berjalan dan bertembung dengan muslimin, mukanya akan ditundukkan ke bawah, lembut gemalainya mengalahkan bidadari dari syurga, sopan saja mengatur susun langkahnya, kalau ada jalan atau susur laluan yang lain, sebolehnya tidak mahu melalui jalan yang dilalui oleh muslimin, oh dasyatnya? Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji. Namun bila di suruh ke hadapan? Oh tidak boleh, kami sebagai wanita mesti dipelihara malu itu.

Kenapakah begitu wahai para Muslimah?

Saya mahu simpulkan ini dalam beberapa perkara. Yang pertamanya mungkin kerana muslimah sudah hilang ‘KEYAKINAN DIRI’ sedikit demi sedikit untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh mereka. Menganggap diri sebagai ciptaan tuhan yang terlalu lemah adalah alasan dan sebab muslimah akan kehilangan daya itu, lantas terhakis dibuang jauh dan dimasukkan pula sikap malu yang kadang-kadang tidak kena pada tempanya. Saya amat yakin bahawa muslimah ini seorang yang kuat jiwa keperempuanannya dan mampu melakukan apa saja aktiviti yang dilakukan oleh seorang lelaki sekiranya ia tidak bertentangan dengan landasan syarak. Janganlah merasa terlalu rendah diri dengan title seorang wanita yang masih menggaggap diri mereka lemah dan pemalu.


KAGUM DENGAN SIKAP BERANI

Wahai muslimah, andai kenal siapakah orang yang lantang bersuara di kalangan perempuan Islam di zaman Nabi saw dahulu? Ingat lagi pada Saidatina Aisyah? Dia bukan sahaja lantang bersuara di hadapan lelaki mahupun wanita, bahkan menjadi tempat rujukan terkemuka di zaman itu dari segala permasalahan-permasalahan agama. Saya sejujurnya mahu melihat muslimah seperti itu di hadapan mata saya, namun belum lagi ditemui.

Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh.

Malu! katanya bila ditanya.


LANTANG TAPI PENAKUT?

Ada juga muslimat yang berani, tapi beraninya di kalangan kelompok mereka sahaja. Hujah mereka yang berjela-jela dan mantap itu hanya berlangsung ketika di belakang muslimin sahaja, namun perbahasannya masih tertutup dalam kongkongan tempurungnya, dengan erti kata lain, hanya bercakap dan pandai memberi kritikan sesama rakan-rakan seusrah atau lebih besar sedikit ketika usrah gabungan. saya pasti orang-orang ini bila di suruh ke hadapan dialah yang mula-mula melarikan muka agar jangan dipilih.
Lantang bersuara biarlah di tengah-tengah khalayak ramai, agar semua tahu apa kebenaran yang mahu kita sampaikan. Lantang di belakang apa gunanya? Tak akan masih mahu mengharapkan muslimin juga? Sampai bila muslimat tidak akan berani.


MUSLIMIN YANG TIDAK MENDORONG DAN PASIF

Muslimin pun terlibatkah?

Sepatutnya, musliminlah yang menjadi pendorong semangat kepada para jelitawan muslimah agar mereka mampu terkehadapan dan berani. Memberi peransang dan peluang untuk muslimat bercakap serta ruang mengemukakan pandangan dalam apa jua apsek tindakan yang memerlukan buah fikiran daripada muslimat, bukannya memberi kata pelemah atau terus ‘kondem’ dengan pendapat daripada muslimat. Ini bukan daya penaik atau pembimbing tetapi pelemah semangat.

Saya tahu mengapa lelaki kuat dan lazim benar bersikap begini terhadap muslimat, tidak lain dan tidak bukan kerana terlalu ego untuk menerima pandangan muslimat. Ustaz-ustaz tidak mahu idea para muslimat yang bernas lagi matang itu mengatasi idea-idea mereka, ini akan menjatuhkan air muka lelaki, kata mereka. Lelaki pula, apabila melihat muslimat menggugat kredibiliti mereka, apalagi mulalah mereka menyekat dan kondem bulat-bulat suara di kalangan muslimat. Langsungnya muslimin terus dengan keegoannya dan muslimah bersama sikap kelesuan dan sifat malu angkara sikap muslimin yang tidak langsung mahu memberi peluang dan menyekat pandangan mereka.

Tidak kiralah di mana, ketika mesyuarat atau apa-apa sesi muhasabah sekalipun, apabila mula melihat seorang muslimat itu kerap kali bangun memberi komen juga terlebih dari sudut idea dan buah fikirannya, ustaz-ustaz sudah mula tidak boleh duduk diam, punggungnya agak kepanasan, dalam hati mula melalut berkata dan menganggap yang bukan-bukan pada muslimat: 'muslimat poyo! cakap sahaja berjela-jela, tapi tak serupa bikin!'

Muslimin, tolonglah jangan bersikap begitu ya! Terimalah keterbukaan dalam menerima apa jua idea, sekalipun dia seorang wanita.

Muslimat pula, jadilah seorang yang berani dalam perkara kebaikkan sekalipun anda duduk di sekitar khalayak yang ramainya melebihi lelaki di sekeliling. Buangkan malu tidak bertempat itu.

Akhirnya, muslimat, wanita dan perempuan perlulah segera sedar agar kepentingan untuk menempatkan kedudukan muslimah di hadapan adalah rasional yang amat-amat penting dan perlu diutamakan ketika ini. Kita dicabar oleh wanita-wanita non-muslim yang lantang bersuara, walaupun apa yang mereka perjuangkan itu belum tahu asas kebenarannya. Lantas kita sebagai muslimah, wanita dan perempuan yang beragama ISLAM perlu gah dan tidak perlu malu untuk ke hadapan bagi menyatakan apa yang sepatunya dibenarkan. Biarlah status kita sebagai muslimah yang sinonim dengan kelemahan budi dan akhlak tetapi kuat jiwanya, siapa tahu muslimah inilah sebagai penggugat dan penyambung kekuatan muslimin suatu hari nanti. Sebab itulah ada pepatah yang menyebut: ‘TANGAN WANITA YANG LEMBUT BISA MENGGONGCANGKAN ISI DUNIA’

Muslimah, jadikan kata-kata itu sebagai penguat semangat dan pendorong yang mampu merubah masa depan anda kepada seorang yang malunya bertempat dan berani pada menyatakan yang hak. Muslimah yang kuat dan berani adalah muslimah yang malunya dipelihara dan kental jiwa raganya. Malu kerana menjaga maruah dan berani juga kerana mahu mendaulatkan maruah.
Muslimah, buktikan!

justeru itu, adakah...

Justeru itu....

Adakah anda seorang muslimah yang mahu digelar pasif juga pengecut? Biarlah kita dikatakan over tetapi kita terus dengan prinsip untuk menjulang martabat muslimah dengan cara merealisasikannya dalam gerak kerja.

Anda pula bagaimana? Bersetuju?

22 Responses so far.

  1. kena tekankan juga agar muslimat yg agak berani itu, biarlah ada hemahnya,menjaga kata-kata.....

    kata orang 'kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa..'

    :)

  2. macam mana kalau muslimat yg xfaham konsep thiqah yg sbnrnya.....???

    trlalu"thiqah" shinggakan bl berurusan lgsung xpandang ke arah mk muslimin..cthnya pandang tepi,belakang,bawah,atas...

    cam ckp ngn batu..kayu...

    bkn nk tgk sgt muka..tp hati muslimin..knala jaga...

    ke guane ust afiq???

  3. salam..

    untuk saudara arulz:
    berani dalam personaliti seorang muslimah satu kelebihan yang dipuji, dengan sandaran serta syarat, keberanian itu mesti berpaksi dan berpada-pada sesuai pada batas2 seorang muslimah.

    kerana yang menjulang ketinggian seorang muslimah dan menjatuhkan juga martabat mereka adalah sifat MALU..

    langusngnya perlu menjaga malu seiring dengan keberanian.

    to ust abu:
    bagi ana untuk suatu yang teknikal, kadang2 itu mungkin sifat semulajadi muslimat dan wanita lain.

    xsalah kalau mereka xmemandang lelaki semasa berurusan, melainkan dalam urusan meminang..hihi,

    cuma apa kurang ana setuju adalah tafsiran thiqah yang tidak tepat dan menyeleweng.

  4. salam..ana tertarik ngan artikel ni.. ana mintak izin utk di copy n paste dalam blog ana ya..
    syukran

  5. Kalau diterperasankan, kewujudan muslimat yg terlebih pemalu ini hanyalah dlm kelompok tarbiah.

    Sbgi contoh, di INTEC UiTM dahulu, muslimat/girls sama naik dgn kaum Adam dlm bersuara dan berpendapat, faktor utama, biah yg tidak Islamik.

    Di INTEC, luar prgram usrah, perempuan blh jadi ketua. Dlm sesi perjumpaan nuqaba' nya pula, skali lg muslimah akan diam. Yg brsuara cuma banin. Makanya, yg jelas muslimat m'punyai kecenderungan utk diam bila brada dlm kelompok tarbiah yg bercampur lelaki dan perempuannya.

    Entah la, mungkin krn inferioriti kompleks, tak yakin dgn diri, memikirkan ramai lg yg hebat2 yg mgkn wujud dr kaum Adam. Sdgkn dlm gapaian sesama Muslimat, blh diketahui siapakah yg terbaik dan selayaknya utk satu2 tugas.

    Ttg memperbetulkan LCD, benar. Sy sndiri malu utk ke depan, alasan dlm diri, "Ala, takkan takde budak laki yg reti, kita plak nk terhegeh2 pergi.." ~rasa mcm menonjolkan diri~

    Di samping itu, mengambil kira keperluan menonjolkn diri hnya pd keadaan yg benar2 memerlukan. Benar, bimbang dikatakan poyo..Bimbang juga melanggar budaya dan adat yg tdk membenarkan.

    Tp skrg2nya, artikel ini m'beri penjelasan kddkn sbnr muslimat dlm situasi ini, dr pandangan seorang muslim, yg kontra dr adat. Syukran di atas penjelasan.

    Maaf trpanjang karang, skdr suara seorang muslimah yg juga trtanya2 kewajaran tindakan sebegini.

  6. salam ,
    penulisan yang menarik
    mohon copy ke blog.

  7. salam..
    sungguh tertarik dengan artikel ini. apa yang berlaku sekarang ni, terlalu ramai muslimat yang kurang memahami tentang thiqah dan ada juga yang mempersoalkan sesama sendiri bila seseorang muslimat itu kehadapan yg sering dijadikan alasan "kita ni orang perempuan" sungguh menyedihkan..
    bagi kami di barisan muslimat yg sering kehadapan dan kadang2 juga melebihi barisan muslimin.. perkara itu adalah suatu positif bagi pandangan orang2 yang memahami gerakkan kami..
    walaupun sinonim nya nisa' di kaitkan dengan unit amal, tetapi kami tidak terlalu bergantung kpd mereka, adapun semua kerja2 program kami lakukan sendiri..

    MALU itu adalah lumrah kami..tapi ada caranya untuk di 'releks'kan..

    waulahu 'alam

  8. salam...
    cukup menarik utk dibaca. mohon copy artikel nie.

    thanks & regards...
    E

  9. "Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji."

    agak keras ustaz?

  10. assalamualaikum..
    satu karangan yang benar2 menggoncangkan dunia islam..
    kerana kali kite lihat artikel ini dari sudut islam amatlah ianya bercangah sama sekali.. astaghfirullah aladhzim...

    Allah telah menciptakan muslimat ini dengan sifat malu.. kerana ape malu adalah benteng kepada kemaksiatan. cube antum bayangkan kalu muslimat yang hidup tanpa sifat malu yang membentengkan diri, masyaAllah.. itulah yang kite dapat lihat akhir2 ini..

    satu hadis dari Rasulullah yang berbunyi
    لباثنا التقوى, وزيتنا الهيأ, وثمرتنا العلمز
    yang bermaksud "pakaian kami taqwa, perhiasan kami malu, dan hasil kami ilmu"...
    subhanaLlah..
    ape yang antum berpicangkan hari ni telah Rasul kite sampaikan sejak 1400 tahun yang lampau.
    kite x kire muslimin @ muslimat amatlah perlu menjaga malu.. Allah jadikan muslimin dan muslimat dengan keadaan taklifat yang berbeza.. contohnya muslimin Allah jadikan nya untuk mekjadi ketua, untuk menjadi pemimpin kepada muslimat.. jika kite lihat dalam institusi kekeluargaan, Allah melantik lelaki untuk menjadi ketua keluarga untuk mencari nafkah. kerana ape, kerana Allah maha Tahu ape yang hambenye mampu untuk lakukan dan ape yang hambenye x mampu lakukan.
    seterusnya Allah menciptakan wanita untuk menjadi pendorong semangat kepada kaum adam.. tapi yang ana sedih nya pepatah wanita mampu menggegar dunia seolah2 disalah tafsirkan.. seperti yang pengarang memberikan contoh, saidina Aisyah R.anha menjadi tempat rujukan muslimin.. ye perkara itu memang benar2 berlaku, tapi kita wajiblah melihat bagaimane keadaan itu berlaku.. aisyah tetap meletakan hijab atau tabir di depanya untuk mengajar kaum muslimin.
    tapi ape yang kite lihat sekarang apabila muslimat berbincang dengan muslimin yang mane die tidak melihat kepada wajah muslimin, itu adalah tindakan yang wajar, apetah lagi perbincangan berkisarkan gerak kerje islam.. menjage hati muslimin tersebut bukanlah perkare yang wajib bahkan haram jike ianya mendapat kemurkaan Allah..wahai muslimat, apekah yang dicari didunia ini? adekah reda muslimin? ataupon Reda Allahpemilik sekalian Alam.. ana mengutuk keras artikel ini keranaianya sama sekali bercangah dengan ajaran Alquran dan Hadis.. Allah tidak lah membebankan hambanya sehingge x boleh berbincang dengan muslimat ianya adalah harus tetapi ia mestilah menuruti syara'ya'ni melalui hijab..
    muslimat sekalian.. ini tidaklah bererti kamu x boleh menyuarakan pandanga, xboleh melakukan usrah, x boleh menyebarkan ilmu..
    sebagai muslimat, kamu masih lagi boleh melakukan sedemikian sesama muslimat.. Allah jadikan imam dikalangan lelaki bukanlah perempuan.. kita lihat apa yang berlaku di Amerika satu ketika dulu, Aminah wadud seorang perempuan mengimamkan solat jumaat yang juge dimakmumkan oleh orang laki2.. semua ulama' diatas muka bumi ini mengutuk keras perbuatan itu.. begitu juga yang sepatutnya berlaku apabila seorang muslimat mengetuai sesuatu, walhal hakim pun tidak boleh dilantik dikalangan perempuan.. walaupun ianya menampakkan kelamahan muslimat itu sendiri, ianya adalah satu hukum dari Allah.. Allah tahu ape yang hambanya mampu lakukan dan sebaliknya.. ape kah anda muslimat sekalian lebih yakin dengan kata2 manusia dari Firman Allah, sunggoh tertipu lah orang yang x mempercayai Firman Allah dan sabda junjungan mulia Muhamad SAW..

    sebelum an mengundur diri, ana pohon seribu kemaafan jika tuisan ana ini ada yang terguris hati..
    sebaik2 kalam adalah kalam kebenaran kepada pemimpin yang zalim..
    dan jika masih ade nas2 dari Alquran atau hadis yang bercanggah dengan kenyatan ana, marilah same2 kita berbincang untuk mencari kebenaran..

    islam mengajar kita cara2 untuk menghadapi perselisihan pendapat iaitu bukanlah dengan cara x menegur sapa malah saling berbincang..

    Wassalam..

  11. This comment has been removed by the author.
  12. This comment has been removed by the author.
  13. This comment has been removed by the author.
  14. Salam Ya Akhi. Mohon anta perbetulkanlah cara berfikir yang akhirnya anta menulisnya pula.akhi, jgn hanya memandang dari sudut logik anta, pandangan agama perlu disertakan dengan hikmah-hikmah. Bahaya penulisan anta ni. Anta membuat contoh sayyidatuna Aisyah yang lantang dan jadi sumber rujukan. Anta tahukan Aisyah ummatul mukmini ibu bagi kaum Umat Islam.Sudah tentu berbeza dengan Fatimah yang menjaga keperibadiaannya ketika berhadapan dengan Muslimin. Subhanallah.Mengucap panjang Ana dengan penulisan anta. Anta rujuklah :

    الرحيق المختوم

    سوار من حياة الصحابة

    الحكم

    Mudahan kitab2 ini dapat membantu anta. Semoga Allah mengampunkan anta dan jua ana. Wassalam.

  15. salam...hanya redha Allah yg ku cari..org yg mulia dicc Allah ialah org bertaqwa kepadaNYA

  16. assalamaualaikum wbth,

    terima kasih buat saudara amar atas pandangan anda.

    kami di sini duduk di dalam lingkungan mahasiswa yg pelbagai serta situasi yang amat berbeza,

    kami tidak sahaja duduk di dalam lingkungan mahasiswa beragama tetapi bersama seluruh mahasiswa sungguh majmuk,

    lantaran kami perlu menyesuaikan waqie beragama ini dengan situasi kami,tetapi masih memegang prinsip Islam sebagai dasar.

    kadangkala kita yg duduk/hidup di kalangan pelajar2 agama tidak akan merasa bagaimana pula bergaul dengan mereka yang juga beragama islam seperti kita tetapi jauh dari agama.
    akhirnya kita terus selesa tanpa mengetahui 'mereka' itu perlu kan bimbingan kita.

    lalu, kami telah menyesuaikan Islam ini dengan konsep waqiiyyah dan alamiyyah yang cukup cantik lagi indah.
    muslimah boleh bersuara dan mislimin juga boleh berpandangan..

    akhirnya, jutaan terima kasih kepada saudara atas sumbangan idea. saya yakin anda akan sendirinya mengubah prinsip anda suatu hari nanti setelah turun ke medan masyarakat yang sebenar,

    semoga ALLAH memberikan hidayah kepada anda dan saya juga.

    sekian.

  17. assalamualaikum.

    Ana sokong pernyataan Majlis Nuqaba'. Agak mengucap panjang juga ana membaca artikel ini. Ibarat menuduh semua muslimat.

    Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman wahai anta. Boleh jadi dusta tuduhan anta itu.

  18. assalamualaikum...
    terasa hati ini dek artikel yang dikeluarkan,lantas pantas shj jari ini untuk membalasnya dek kerana persoalan ini pernah diajukan kepada kami sebagai ajk minggu silaturrahim atau lebih dikenali dengan nama minggu haluan siswa di ipt2 lain yang baru kami kendalikan seminggu yang lepas di ipt kami.seorang mahasiswa telah menegur,kenapa semua slot dipengerusikan oleh muslimin walaupun terdapat pegawai yang memberi satu2 taklimat itu adlah golongan wanita?lantas kami menjawab,bahawa sememangnya tradisi yang diwujudkan di ipt kami tidak menonjolkan muslimat apabila terdapat muslimin didalam satu2 majlis itu.Jadi, salahkah kami jika kami terus mempertahankan bi'ah yang sememangnya wujud di ipt kami.Bukan kami malu tapi kami tidak mahu memecahkan tradisi yang slama ini kami pertahankan.Malah jika dalam majlis itu semuanya dikalangan muslimat,kami akn menonjol dengan sendirinya.Bukan ape, pada pendapat kami,muslimat ini penuh dengan fitnah.Jadi seboleh-bolehnya fitnah itu kita elakkan.Ajk muslimin pun sokong dengan jawapan yang kami utarakan karana "arrijalu qawwamuna a'lan Nisa'..Malu memang bertempat.!

  19. org ngaji agama atau berada di jalan agama jgn di samakan pemikirannya dan tindakannya dengan yg sebaliknya..istighfarlah sahabat atas ap jua yg dilakukan baik yg baik atau buruk..barangkali dalam kebaikan ad keburukan dan sebaliknya..mengkritik itu tidak salah. dalam Islam itu ada batasan antara faktor yg membedakan Islam dengan agama2 lain..

    klolah pemikiran sebegini dibawa balik ke malaysia nescaya rosak anak bangsa...jgn terlampau liberalkan pemikiran anda.

    wallahualam..

    p/s:blh cntact ana di (futuh_arifin@yahoo.com)

  20. salam.bagus dah pandangan 2,tapi ikut waqi'dan kekalkan identiti muslimat@ muslimin yang betul,umat akhir zaman ni bersifat "WAHAN". wassalam......

  21. astaghfirullah...

  22. astagfirullahalzim.. ana rasa marah dan berkecil hati dengan artikel ini. anta bercakap berdasarkan logik akal, bukan dalil/nas2 dalam al-quran dan hadith. ana sokong kenyataan majlis nuqaba'. ana rasa baik anta tarik semula artikel ini kerana anta telah menghukum semua kaum muslimat walhal ianya berlaku pada sesetengah muslimat sahaja. Bukan semua muslimat yang hanya baik didalam kampus, teruk diluar. Bolehkah anda menghukum sesuatu hanya kerana perbuatan seorang muslimat yang kita pernah lihat?? Tidak adil begitu. Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani israel adalah fitnah wanita" Atau seperti yang dikatakan.