klik untuk imej lebih menarik



Kempen Biah Solehah 2009 (JOM! Amal 3 Perkara)

Saya merasakan tahun baru ini mesti diisi dengan manfaat yang dapat diraih kebaikkannya untuk seluruh penduduk di Mafraq (Jordan), khususnya kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang budiman.

Semua sudah disusun dengan baik sekali untuk mengembalikan suasana harmoni dan Islamik dengan kekuatan akar yang ditunjangi oleh aspek agama ISLAM. Tinggal lagi, anda sahaja yang mahu bersama-sama kami menjayakannya. Saya menjamin anda tidak akan bosan atau rugi dan kami di pihak penganjur tidak mungkin mengulangi sisipan yang berulang-ulang dan sama, tahun lepas dan tahun ini adalah perbezaan dan pembaharuan, lihatlah nanti. Kempen ini memungkinkan suatu kelainan yang berkaliber. Tujuannya hanyalah satu, mahu bersama merasai bagaimana hidup dalam dunia serambi Mekah yang sudah ditinggalkan lebih 1400 tahun dahulu.

Saya sedari awal lagi sudah menanamkan rasa percaya kepada penaung kempen ini untuk memundaknya sehingga ke akhir nanti. Biarpun bulan Mei 2010 adalah pengakhiran dan kemuncak, tetapi hakikatnya saya mahu ia di hati mahasiswa selama-lamanya. 3 perkara yang mahu diajak untuk diamalkan bukanlah susah, bahkan itulah kerja harian kita yang disebut ibadah.

Solat Berjemaah. Semai Ukhwah. Jagai Ikhtilat. Mudahkan?

Mari saya bawa anda melihat pula pada objektifnya:


Objektif Jangka Panjang:

‘Mengekalkan suasana Islamik dan harmoni serta mewujudkan bi’ah Islamiyyah dalam persekitaran KEHIDUPAN seorang Muslimdan merealisasikan matlamat ‘Baldatu Thoyyibatu, wa Robbun Ghafur’


Objektif Jangka Pendek:

1. JOM! Solat Jemaah: Menerapkan kepentingan solat berjemaah dan pengimarahan masjid, menampilkan keutamaannya serta fadhilat.

2. JOM! Semai Ukhwah: Menghidupkan suasana persahabatan dengan cara melazimkan salam setiap kali bertemu dan saling ziarah-menziarahi.

3. JOM! Jaga Ikhtilat:
Menjauhi ikhtilat yang tidak syar’ie dan menerangkan panduan perhubungan antara lelaki dan perempuan dari aspek dan pandangan Islam.

Saya mahu berkongsi tentang aktivitinya yang dikhabar-khabarkan kepada saya, antaranya adalah ceramah, kempen berbentuk risalah, edaran book mark dan poster percuma. Anda juga boleh menghiasi muka depan computer dan laptop anda dengan keindahan wall paper sumbangan penganjur KBS’09. Banyak lagi, anda mesti menanti dari bulan ke bulan ya! Tungguuuuuu…..!!

Saya mahu perkataan ‘JOM!’ ini sentiasa dibibir anda. Jangan malu untuk menyebutnya setiap kali bertemu dengan rakan anda. JOM! Ini saya kira JOM! yang baik, bahkan berpahala jika betul gunaannya. Saya mewakili barisan kepimpinan persatuan dengan rendah diri mengajak anda semua menyambut kedatangan program ibadah ini. JOM! Lah apalagi tunggu? Semarakkannya dengan hati yang ikhlas. Di dunia kita mengajak sahabat berbuat baik, di ‘sana’ nanti senang untuk kita menyebut kepada sahabat kita: ‘JOM! Ke syurga sama-sama’

Selain kami berkunjung dari rumah ke rumah melalui risalah, anda yang mahukan kesenangan dan info-info berkenaan program atau panduan asas ISLAM, anda boleh terus melayari laman rasminya di alamat http://kempenbiahsolehah09.blogspot.com/ yang bakal dilancarkan nanti.

Saya sudahpun menunaikan tugas saya untuk menghebahkan berkenaan program ibadah ini. yang masih menjadi harapan adalah anda sebagai aspirasi kejayaan kami. Anda adalah asset kekuatan ISLAM. JOM! ke sana, apa tunggu lagi.

Untuk read more, tulis di sini...

1 Response so far.

  1. selamat tahun baru...