“Ustaz Rizal kirim salam pada akak”

Nurul berdiam dan sepi. Perlahan-lahan dia menanggalkan telekung solatnya, dilipat dan diletakkan kemas di sisinya.

“Kenapa ni, akak tak suka?”

“Kak Nurul janganlah macam ini, senyumlah sikit…” pujuk Syuhada.

“Ustaz Rizal tu baik orangnya. Syuhada mesti lebih fahamkan?”

“Syu tak fahamlah kak” Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bibirnya cemek.

“Sudahlah, mari kita makan. Lama pula Wati dan Mariam tunggu kita”

“Habis tu, macam mana dengan salam ustaz Rizal?”

“Ish, ke situ pula dia. Nantilah akak cerita”

Malam itu, fikirannya diganggu lagi. Wajah Rizal datang silih berganti. Dia malu dengan lelaki yang bergelar ustaz muda itu. Segala-galanya ada pada dia. Rizal dilihat sempurna pada mata Nurul. Sehingga kini Nurul masih ragu-ragu dengan persahabatan dia dan Rizal. Biarpun Rizal sangat rapat dengannya, namun Rizal tidak pernah berkata apa-apa tentang perasaannya.

Cinta atau sahabat.

Di tahun-tahun akhir pengajian ini lebih menguji Nurul. Rizal dirasakan semakin mesra dengannya. Kerap bertegur sapa dan terlalu mengambil berat sehingga Nurul merasa serba salah mahu menolak semua tindak-tanduk Rizal itu.

Minggu lalu, dia dihadiahkan sebuah buku lagi daripada lelaki berkulit putih itu. Katanya lebihan daripada jualan buku-buku Syarikat Percetakan Buku milik ayahnya. Bukunya siap dibungkus cantik dengan pembalut bercorak rona-rona bunga Ros dikelilingnya.

Nurul mencapai buku berian Rizal tempohari. Membelek-beleknya sebentar, Buku “Terimalah Cintaku Kerana Allah” diletakkan semula dibawah bantalnya. Hampir separuh muka surat telah dibacanya.
_________________________________

“Ustaz Rizal tu sudah berpunya ke Kak Nurul?” soal Syuhada.

“Kenapa Syuhada tanya akak macam tu?”

“Syu tengok akak asyik lari daripada dia” balas Syuhada

“Masakan lelaki sebaik tu belum berpunya, Syuhada rasa macam mana?” Nurul saja menduga. Hilangkan sedikit rasa gundah.

“Syu rasa dah ada, dan orangnya adalah Kak Nurul” Syuhada dan Nurul sama tertawa besar. Jawapan Syuhada tadi benar-benar memberi tenang di dalam hati Nurul. Nurul tersenyum kecil.

“Oo.. akak berangan ye!”

“Ish, tak elok tau kata pada akak macam tu”

“Tapi kan Kak, saya teringin sangat nak jadi pengapit Kak Nurul dan Ustaz Rizal tau! Masa tu mesti indahkan”

“Syuhadaaaaaaaaaaa…!”

Malam semakin larut, dia harus menyiapkan tugasan assignment untuk dibenang esok. Gurauannya dengan Syuhada tadi masih diingat-ingat. Tulisan kerap terhenti bila fikirannya dibayangi wajah Rizal. Dia jua keliru, adakah ia suatu perasaan hatinya atau cuma mainan dalam persahabatan.

Rizal mungkin tidak tahu, Nurul tidak mungkin dapat menerima Rizal kerana ada sesuatu yang harus dirahsiakan daripada Rizal. Nurul cuba menafikan perasaannya terhadapa Rizal, namun hatinya jauh sekali.
Terlalu sukar untuk hati berkata tidak pada lelaki itu.
_________________________________

“Rizal, next week kita buat usrah ye. Lagipun dah lama kita tak adakan perjumpaan dengan anak-anak buah kita tu. Diorang pun asyik call ana je tanyakan tentang usrah kita”

“Rindu pun ada..” Tambah Abu Ikrima lagi.

“Ustaz Rizal, ana bercakap dengan enta ni. OK ke dengan cadangan ana tadi?”

Rizal mengelamun jauh rupanya.

“Eh, dengar-dengar. Kita buat makan-makan sekali ye!” balas Rizal termangu-mangu, seperti baru sedar dari angan-angan.

“Enta ni Rizal, ana tengok enta selalu sangat berangan. Tak elok tau kalau ustaz macam ni”

“Ana teringatkan seseorang tadi”

“Ingat pada siapa?” soal Abu Ikrima hairan.

“Ini mesti tak lain tak bukan, teringat pada Ustazah Nurullah ni” Abu Ikrima menduga, sengaja membikin suasana hambar menjadi segar.

“Ermm, macam tulah nampaknya” balas Rizal pendek. Sugul.

“Sejak akhir-akhir ni, ana selalu teringatkan dia”

“Sampai bila enta nak tunggu dia Rizal? Kalau hati dah suka, lekas-lekaslah buat istikhoroh. Kalau dah ada jawapan teruslah buat keputusan. Soal hati ni jangan dilengah-lengahkan” ujar Abu Ikrima.

“Ana takut, kalau-kalau keputusan yang ana buat salah. Lagipun, ana tak pasti apa perasaan Ustazah Nurul pada ana” Rizal cuba meluahkan sesuatu. Nampak berat untuk dikeluarkan semuanya.

“Insyaallah, kalau ALLAH tempat kita mohon pertolongan, pasti petunjukknya tepat. Enta kena yakin Rizal”

“Ana cuma bimbang, kisah lama ana berulang lagi” Ada nampak lajur kesedihan pada hujung kata-katanya.

“Rizal, yang pergi akan tetap pergi. ALLAH tak akan berikan pada enta peristiwa sebegitu melainkan ada hikmah untuk enta”

“Jodoh itu sangat luar biasakan, Abu?”

“Ana ni terlalu mentah nak bercakap soal jodoh dengan enta. Pengalaman bercinta pun tak ada. Tapi ana yakin, hal-hal hidup dan mati atau jodoh semuanya ALLAH dah tentukan. Ana pun tak tahu samada sempat beristeri ke tidak” sambung Abu Ikrima panjang.

“Kalau tak ada apa-apa, ana masuk tidur dulu Rizal”

Perlahan-lahan Abu Ikrima bangkit dari kerusi meninggalkan Rizal keseorangan di ruang tamu. Rizal masih lagi dengan menungnya.

Hingga kini, Rizal masih tidak yakin dengan keputusan yang harus dibuat. Keyakinannya agak luntur apabila dibayangi kisah cintanya 3 tahun yang lalu. Wanita pilihan yang dilamarnya meminta untuk memutuskan ikatan itu dipertengahan jalan. Rizal tahu, itu adalah kehendak keluarga di sebelah perempuan.

Rizal harus mengerti, selain kehendak hati, redha ibu ayah harus didahulukan dalam apa jua keputusan termasuklah dalam hal sebuah perkahwinan.

Rizal akur akan takdir pahit yang pernah menyebelahinya dahulu. Hampir setahun Rizal mengambil masa untuk memulihkan perasaannya. Akhirnya, peristiwa hitam itu semakin hilang dari ingatannya setelah dipertemukan dengan wanita yang berjaya menambat hatinya.

Ustazah Nurul. Wanita berwajah bujur dan bertudung labuh. Kulitnya redup tetapi tak jemu ditatap dan manis dipandang.
________________________________________

“Ukhti..Ukhti..” laung Rizal dari jauh.

Nurul dari jauh menoleh ke arah Rizal yang memanggilnya. Rizal melambai-lambaikan tangannya. Nurul agak kaget lelaki yang tidak dikenali memanggil namanya. Syuhada yang sedang berada di sampingnya turut hairan.

“Tunggu sekejap ye Syuhada. Akak pergi tengok” Nurul pantas berjalan ke arah Rizal.

“Ukhti tertinggal buku nota ni di library tadi. Kebetulan ana perasan, terus kejar mencari Ukhti”

“Terima kasih, err…” Nurul tertunduk malu.

“Nama ana Rizal” pantas Rizal menyambung. Mata mereka saling bertentang.

“Terima kasih Ustaz Rizal. Ana Nurul Aliya. Panggil Nurul je”

“Kalau begitu, ana mohon diri dulu Ukhti Nurul”

Rizal kembali semula ke perpustakaan menyelesaikan assignment yang berbaki untuk ditaip. Abu Bakr sudah menunggu di sana sejak pagi tadi.

“Siapa tu Akak?” soal Syuhada.

“Akak pun tak kenallah, Syuhada. Namanya Rizal. Dia berikan buku akak yang tercicir kat library tadi. Tapi akak selalu nampak dia di masjid universiti bila ada kuliah Zohor dan Maghrib”

“Handsome orangnya kak!” seloroh Syuhada.

“Kamu ni Syuhada, ada-ada sajalah. Jomlah, kita dah terlewat nak ke kuliah ni”

Itu adalah cerita lama. Kisah pertemuan 3 tahun lalu mengingatkan kembali bibit perkenalan antara dia dan Nurul. Tidak sangka kisah ‘Buku Nota’ menjadikan mereka sahabat yang baik sehingga kini.
____________________________________

Rizal mengalihkan pandangan ke luar tingkap, merenung bintang di langit sambil menghembuskan keluhan kecil.

Hatinya berzikir kembali, mahu menguraikan kekusutan.

Bersambung..

[Usah Jemu Memberi]

3 Responses so far.

  1. ini baru btul2 kehidupan.
    x sabar rsanya nk tggu hbis crita ni

  2. keep it up..
    sgt sronok mbacanye.

  3. subhanaAllah....indahnya...andai ia benar2 terjadi.. cinta semanis epal merah..