Belajar menghargai untuk dihargai

“Tolong aku sekejap boleh, Adam?” sapa Syafiq suatu petang. Tersengeh seperti kerang busuk.

“Lain macam je bunyinya”

“Aku tak reti bungkus hadiahlah”

“Hai? Sendiri bercinta, sendirilah balut hadiah”

“Ke situ pula kau ni. Hadiah hari lahir jelah. Lagipun hari lahir dia dah dekat”

“Siapa?”

“Adalah. Buat-buat tak tahu pula. Ini hadiahnya”

“Wahh, mesti mahal harganya ni? Mana kau dapat buku ni? Brown colour is looking beautifull, so nice!

“Tengoklah siapa yang beli” gurau Syafiq.

“Eleh. Bagi aku pinjam sekejap boleh? Nak baca”

“Hmmm….” Lama Syafiq berkira-kira. Serba salah kalau tidak memberi Adam membaca buku tersebut. Memang Adam juga seorang kaki dan ulat buku.

“Yelah, aku faham. Mari sini aku balutkan”

“Terima kasih Adam. Malam ni aku belanja makan ye!”

“Eh, sekejap, pembalutnya mana Syafiq?”

“Alamak, lupa lagi..”

“Syafiq…Syafiq” Adam tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala, lucu melihat telatah Syafiq.

Terkocoh-kocoh Syafiq meninggalkan Adam, mahu balik ke kedai buku semula membeli pembalut hadiah yang terlupa dibeli.

“Syafiq, belikan aku top-up 10 ye”

“OK!” Dari jauh terdengar laungan Syafiq menyahut.

**************

Malam itu, Syafiq sibuk menyiapkan tugasannya. Assignment Subjek Usul Fiqhnya harus disiapkan pada malam itu juga. Esok pagi-pagi lagi dia harus ke kedai buku untuk mencetak risalah tersebut bagi dijadikan bahan pembentangannya nanti.

Dia menyemak helaian demi helaian sebelum menekan butang ‘simpan’. Setiap muka surat diteliti dengan berhati-hati agar tiada isi penting yang tertinggal. Selepas dia berpuas hati, dia meninggalkan meja komputernya menuju ke dapur, membuat secawan Nescafe.

Walaupun malam sudah semakin lewat, dia harus bertahan untuk melangsaikan segala tugasan kuliah tersebut. Secawan kopi itu menjadi teman penguatnya untuk terus bertahan. Dia menghirup perlahan-lahan air tersebut. Tiba-tiba Adam memanggilnya.

“Syafiq, sini sekejap..”

“Ada apa, Adam?” Soal Syafiq dari jauh. Dia bangkit menuju ke arah Adam.

“Cuba kau bacakan perenggan yang ini. Betul tak jalan ceritanya?”

“Mari aku tengokkan”

“Yang ini dan yang ini..” Adam menunjukkan baris perenggan yang baru ditulisnya.

“4 Perenggan ini je?”

“Aaah..”
________________________________________________

Prolog vi

Jarang sekali aku keseorang jika didatangi masalah. Paling-paling tidak, aku sering dihujani dengan pertanyaan-nya. Dia bimbang jika aku menghadapi masalah berseorangan, dia kerap bertanya akan keadaanku. Kalaupun aku tidak menceritakan masalahku kepadanya, dia seolah dapat mengetahui apa yang aku sedang alami.

Aku suka akan caranya mengambil berat tentang diri aku, menjadi pendengar yang setia sepertinya membuatkan sebahagian daripada masalah aku terasa ringan. Beban yang sepatutnya terasa sakit seperti berkurangan apabila dia sudi menjadi sebagai teman pendengar.

Sungguh! Jika dia tidak ada untuk mendengar segala luahan itu, aku bisa menjadi gila dirundung masalah yang datang bertimpa-timpa.

Sesekali aku juga terfikir, mengapa dia gemar bertanyakan masalah aku sedangkan dia juga mungkin mempunyai masalah peribadi yang perlu diselesaikan.

Sebahagian masalahnya jarang diceritakan kepadaku walaupun sesekali aku mendesaknya untuk berkongsi. Dia lebih senang bersendirian dengan masalahnya berbanding menyusahkan aku. Tak mengapalah, sekurang-kurang dia harus tahu, aku terus-menerus mendoakannya supaya segala kebaikkan berpihak kepadanya.

‘Tuhan, jika seandainya dia sangat memerlukan-Mu di saat ini, Kau pimpinlah hatinya dengan alunan rindu pada-Mu. Jika seandainya dia tidak mampu untuk menanggungnya, Kau letakkan rasa itu kepada aku’

‘Tuhan, dukanya adalah dukaku’

‘Resahnya adalah resah ku jua’
_______________________________________________

Perfect!” ujar Syafiq.

*******************

Petang itu dingin sekali, angin yang bertiup sejak pagi masih belum nampak tanda-tanda mahu berhenti namun suasananya kekal damai dan tenang. Seusai peperiksaan pertengahan penggal mereka berdua bergegas pulang ke rumah.

Keletihan seharian berada di universiti masih lagi berbaki.

“Awal kau keluar peperiksaan tadi, Fiq?”

“Ish, tak adalah awal sangat. Lagipun aku tak tahu nak tulis apa dah kat kertas tu”

“Tunggulah sikit lagi, mana tahu ilham datang ke”

“Aku punya cara jawab exam senang je Adam. Yang paling penting kertas jawapan penuh, betul atau salah tunombor dua. Lagipun kita bukan wali nak tunggu wahyu turun”

“Hmm, bijak juga cara kau tu, Fiq”

“Tapi kau janganlah tiru macam aku, selagi kau boleh jawab, teruskan sampai masa habis. Itu barulah pelajar cemerlang”

Mereka berdua serentak ketawa dengan jenaka Syafiq. Adam terus ke dapur, mengambil air minuman. Syafiq merebahkan tubuhnya ke sofa menghilang kepenatan. Sambil menghembuskan nafas dia dia mengurut-ngurut dahinya.

“Fiq, ini airnya”

“Syukran!”

“Oh ya! Hadiah yang aku balut semalam tu dah bagi pada dia?” soal Adam sambil meneguk air di tangannya.

“Lambat lagi hari lahir dia. Sengaja aku beli awal-awal, buku tu susah nak dapat, maklumlah penulisnya best seller

“Oh yeke. Bertuah orang tu ye Syafiq. Sudahlah dapat buku, mahal pula tu”

“Apalah mahalnya kalau nak bandingkan dengan susah payah dia pada aku. Kalau tak kerana nasihat dia yang mahal tu, aku tak jadi macam mana yang tengok aku hari ini”

“Amboi, sampai macam tu sekali” ujar Adam sedikit terkejut.

“Adam, dalam persahabatan ini, kalau boleh biar kita menjadi orang yang mula-mula menghargai sahabat kita, barulah nanti kita dihargai dan disayangi” balas Syafiq pula. Dia mahu Adam faham, bahawa hadiah itu bukan kerana ada sebab yang lain tetapi tanda persahabatan yang mesti dihargai.

“Tapi, macam mana pula kalau orang tak menghargai penghargaan kita, Fiq?” soal Adam. Dia masih kurang yakin dengan jawapan Syafiq.

“Jarang ada manusia yang tak tahu menghargai budi kita. Kadang-kadang kita dihargai, cuma kita tak sedar yang dia sedang menghargai kita”

“Hmm..” Adam mengelus kecil.

“Tak rugi kalau kita menghargai manusia, kalaupun tak berbalas, sekurang-kurangnya TUHAN yang akan menghargai kita semula. Cuma manusia selalu tersilap, mereka menghargai manusia semata-mata untuk mendapat penghargaan manusia” Syafiq bersuara lagi. Sengaja membiarkan kata-katanya tergantung.

“Maksud kau?”

“Sebagai manusia, sepatutnya kita mesti ikhlas dalam semua perkara termasuklah dalam menghargai seseorang. Kalau tujuan kita menghargai adalah untuk memberi, kita tak akan kecewa bila tak dihargai semula” sambung Syafiq lagi, kali ini Adam sudah mulai faham akan kata-katanya.

“ALLAH itu Tuhan yang paling banyak memberi tanpa mengharapkan penghargaan daripada manusia, Cuma manusia saja yang tak tahu menghargai pemberian DIA. Orang bukan Islam pun ALLAH berikan mereka rezeki walaupun mereka melakukan kemungkaran” tambah Syafiq.

“Ohh..”

“Beruntung kau dapat jadi sahabat dia Fiq, dapat teman yang suka menghargai. Kalau macam tu, aku pun nak berkawan dengan dialah”

“Boleh, apa salahnya. Semua orang boleh berkawan dengan dia. Yang tak boleh satu je”

“Apa dia?”

“Kahwin!!”

Mereka tertawa lagi dengan usikan Syafiq. Kali ini suara Adam yang paling tinggi. Petang itu bertambah lagi damainya dengan perbualan dan hilai tawa mereka. Terlupa sebentar penat-lelah menghadapi peperiksaan. Senja semakin hampir, beberapa minit lagi azan Maghrib akan berkumandang. Mereka bersiap-siap untuk ke masjid.

bersambung...

[Usah Jemu Memberi]

0 Responses so far.