' Tuhan, Engkau lebih mengetahui akan isi hatiku'

“Siapa nama kawan kamu?” soal Lans Koperal Ismail. Serius wajahnya sambil menulis sesuatu.

“Mohd Rizal tuan,” jawab Abu Ikrima takut-takut.

“……Err, Mohd Rizal bin Abdullah” sambungnya lagi.

“Kali ini saya lepaskan dia dengan bayaran separuh ikat jamin. Sekali lagi kawan kamu terlibat dengan demonstrasi, saya akan laporkan kepada HEP kampus kamu, faham!” tegas Lans Koperal Ismail. Tidak langsung memandang ke arah Abu Ikrima.

“Faham tuan, terima kasih tuan” Abu Ikrima menjawab, suaranya terketar-ketar.

“Kamu buat pembayaran di kaunter, lepas tu kamu boleh ambil kawan kamu di pintu belakang lokap” ujarnya.

Bergegas Abu Ikrima ke kaunter tetamu, selepas menjelaskan bayaran ikat jamin dia terus berjalan ke belakang mencari-cari kelibat sahabatnya Rizal.

“Rizal..” laung Abu Ikrima apabila terlihat kelibat Rizal sedang dibukakan gari di tangannya oleh seorang polis. Rizal hanya tersenyum dari jauh. Di wajahnya tiada sebarang rasa takut atau bimbang.

Mereka berpelukan.

“Enta OK Rizal?” soal Abu Ikrima.

“Alhamdulillah, seronok ana rasa duduk kat sini tau!” seloroh Rizal.

“Ish enta ni, orang risaukan dia, dia main-main pula”

“Terima kasih datang selamatkan ana”

“Kalau bukan ana yang datang ke sini, siapa lagi? Takkan nak biarkan enta duduk lokap sampai hujung semester” kali ini Abu Ikrima pula yang mengenakan Rizal.

Mereka berdua tertawa. Berjalan beriringan keluar dari Pejabat Polis Dang Wangi.

“Nanti ana bayar semula duit ikat jamin tu. Moga ALLAH membalas jasa enta Abu”

“Eh, bukan duit ana. Duit Ustazah Nurul, ana pinjam duit dia dulu. Elaun ana belum masuk lagi Rizal. Dia tunggu enta kat luar” Abu Ikrima tersengeh. Rizal terkejut.

"Haa? enta jangan main-main Abu?"

"Sungguh!"

“Enta ni Abu, tak macho-lah, ada ke pinjam duit orang perempuan. Malulah ana macam ni”

“Alaaa, kita gantilah semula nanti” dia menjawab selamba.

“Seganlah ana dengan Ustazah Nurul”

Di perkarangan balai polis, Nurul Aliah, Syuhada dan sekumpulan pelajar sedang menunggu ketibaan Rizal. Semua bersorak gembira melihat kemunculan Rizal bersama Abu Ikrima. Ada yang bertakbir tanda kesyukuran dengan pembebasan Rizal.

Nurul mengukir senyuman kecil, hatinya lega. Dalam kelompok pelajar yang ramai itu, dia mencelah-celah untuk melihat kelibat Rizal.

‘Tuhan, syukurlah dia telah selamat’ bisik hati kecilnya sambil bibir mengukir senyum.

_______________________________________

“Akak, makanlah sikit, Syu masakkan bubur nasi untuk akak ye?” Pujuk Syuhada. Dia mengurut lembut bahu Nurul.

“Akak tak sedap mulutlah Syuhada. Rasa loya je. Akak takut kalau makan nanti muntah semula”

“Tak bolehlah macam tu kak, dari semalam akak tak jamah apa-apa lagi. Makan ye kak?” Syuhada semakin risau dengan keadaan Nurul. Sudah 2 hari Nurul tidak ke kuliah kerana lemah-lemah badan. Kata Nurul, hanya pening-pening biasa.

“Kalau akak tak makan, macam mana nak makan ubat” sambungnya lagi. Dahinya berkerut.

“Tak apalah Syuhada, nanti kalau akak nak makan, akak panggil kamu”

“Syuhada tolong pimpinkan akak ke tandas sekejap, akak nak ambil wudhu’ akak belum sembahyang Zohor lagi” Syuhada memaut bahu Nurul bangkit daripada katil.

“Pelan-pelan, kak..”

“Maaflah Syuhada kalau akak menyusahkan kamu”

Mereka beriringan berjalan menuju ke dapur. Nurul seperti anak kecil yang dipapah oleh seorang ibu. Tiba-tiba kepalanya terasa berat dan berdenyut laju. Jantungnya pun turut berdegup kencang. Akhirnya pandangan Nurul menjadi gelap, hidungnya mengalirkan darah pekat.

Nurul pengsan.

“Kak Nurul, Kak Nurul….” Syuhada menampar-nampar perlahan pipi Nurul dan menggongcangkan tubuhnya supaya sedarkan diri namun tidak berjaya. Perlahan-lahan direbahkan ke lantai tubuh Nurul yang sudah tidak lagi bermaya. Pantas dia berlari mencapai telefon.

“Kak Wati, Kak Mariam….” Tiada siapa yang menyahut.

“Ya ALLAH, bantulah aku!” bisik hati kecilnya.

Nurul masih tidak sedarkan diri. Darahnya terus mengalir.

bersambung..

_________________________________________________

Nota Kehidupan (1): Seorang teman bertanyakan saya: 'macam mana kalau isterinya tidak dapat menyumbang apa-apa untuk masyarakat?' Saya menjawab: 'Saya mencari seorang wanita yang biasa-biasa di mata masyarakat, asalkan dia hebat di mata anak-anaknya nanti' Dia tersenyum puas!

Nota Kehidupan (2): Ibu yang melahirkan "masyarakat" di dalam rumah itu lebih mulia sumbangannya.

[Usah Jemu Memberi]

3 Responses so far.

  1. Fiq, nnt ust nurul mati ke?
    jgn la buat ending sdih2..huhu

  2. x sabar nk tggu episod sterusnya nie fiq. trasa mcm us rizal plak..

    keep it up fiq!

  3. bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.

    Harap dapat rujuk fatwa ulama ttg demonstrasi:

    http://islamqa.com/en/ref/11469/demonstration

    wallahu'alam

    semoga allah memberi hidayah.. ameen.