Hampir dua minggu dia tidak ke kuliah, rupanya banyak sudah silibus pengajian yang dia tertinggal. 8 subjek semuanya memerlukan dia merujuk semua rakan sekuliahnya. Peperiksaan pun semakin hampir, kalau dia masih berdiam diri, alamatnya dia bakal menempah susah. Mungkin akan ditangguhkan semester kerana tidak dapat menduduki peperiksaan.

Semenjak keluar dari hospital tempohari, dia tidak dapat duduk diam, masanya banyak dihabiskan di perpustakaan al-Zaaba berhampiran kuliah syariah. Menyalin nota-nota subjek yang tertinggal. Ditambah pula kerja-kerja assignment yang wajib.

Kadangkala dia berdiskusi bersama rakan sekuliahnya. Walaupun kuliahnya selesai pada tengahari pada setiap hari, namun dia tidak terus pulang ke rumah. Buat masa sekarang, perpustakaan adalah rumah keduanya, dia harus berusaha lebih kuat untuk peperiksaan akhir semester ini.

Nurul membelek-belek helaian demi helaian nota rakannya. Memastikan supaya tidak disalin dua kali. Sesekali dia melepaskan dengusan kecil. Letih dan lesu kerana sejak pagi lagi dia sudah berkampung di situ. Tidak dapat tidak, nota qawaid harus disiapkan pada petang itu juga, buku nota tersebut harus dipulangkan secepat mungkin.

‘Ya ALLAH, mudahkan segala urusanku’

Detik hati kecilnya. Hanya Tuhan yang tahu keletihan yang dialaminya seminggu dua ini. Dia bersyukur ada Syuhada yang kadangkala membantunya menyalin nota-nota dan menaip assignment sehingga siap.

Nurul memerhatikan jam di tangannya. Setengah jam lagi waktu asar akan masuk. Dia berkira-kira mahu solat sahaja di situ dan terus menyambung kerja-kerjanya yang masih berbaki. Mungkin sekitar jam 6 petang baru dia akan pulang ke rumah. Dia sudah berjanji dengan Syuhada untuk pulang berama-sama.

Tiba-tiba ada sesorang menepuk bahunya dari belakang.

“Kak Nurul, termenung ye?”

“Syuhada! Terkejut akak tau,”

“Maaf kak, saya tak sengaja. Syu tengok akak termenung je, Syu tegurlah” Syuhada menarik kerusi dan duduk di sebalah Nurul. Begnya diltakkan kemas di atas meja tersebut.

“Lain kali beri salam dulu, kalau selalu macam ni, sakit akak tak boleh sembuh sebab selalu terkejut” ujar Nurul, ada nada bergurau.

“Baiklah Kak Nurul. Nak tanya, akak termenung ke study?” soal Syuhada menyakat lagi.

“Shhhhhh.. Inikan library, malas akak nak layan soalan kamu Syuhada” Nurul mengalihkan pandangan. Dia meneruskan tulisannya. Dibiarkan Syuhada seorang diri.

“Akak, Syu pergi ke rak sana sekejap ye, nak cari buku. Akak jangan termenung lama-lama tau, nanti tak siap pula kerja tu” sempat lagi dia mengenakan Nurul. Syuhada bangkit beredar meninggalkan meja.

Dari jauh dia terpandang kelibat seseorang, seolah dia kenal dengan lelaki itu Cuma pandangannya agak samar-samar. Nurul mencapai kaca matanya.

‘Rizal, apa dia buat kat sini petang-petang ni?’ bisiknya.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan apabila Rizal duduk di meja bertentangan dengan mejanya tetapi agak jauh. Rizal pula tidak sedar akan Nurul di situ. Nurul melihat dia sibuk menyalin sesuatu..

Nurul tersenyum kecil. Kagum melihat penampilan ustaz muda itu, walaupun sibuk dengan kerja-kerja persatuan, namun masih ada masa untuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Lama Nurul memerhatikan Rizal dari jauh sehingga dia terlupa seketika nota yang harus diselesaikan.

‘Setiap kali terpandang wajahnya, hati ini terasa senang & tenang. Damai di wajahnya tidak ada pada lelaki yang lain selain dia. Adakah ini yang dipanggil rasa cinta?’

‘Tuhan, pada siapakah harus aku luahkan rasa ini melainkan Kau. Tuhan, adakah aku layak untuk berada di sampingnya suatu hari nanti? Menjadi sayap kiri dan sehidup semati dengannya?’

‘Ya ALLAH rahmatilah dia. Permudahkanlah urusannya’

Tiba-tiba dadanya terasa sebak. Kehadiran Rizal di perpustakaan itu mengundang perasaan sedih berbaur gembira. Nurul lekas mengalihkan pandangan, takut-takut Rizal perasan dia berada di situ.

Syuhada muncul di hadapannya, cepat-cepat Nurul menyambung tulisannya.

“Akak, kita nak balik pukul berapa?” tanya Syuhada. Nurul lega Syuhada tidak menyedari kewujudan Rizal di perpustakaan itu. Kalau tidak dia bakal diusik lagi.

“Pukul 6 boleh?” jawabnya.

“Lewat sangat tu kak, hari inikan giliran Syu memasak. Barang-barang belum beli lagi”

“Oh akak lupa pula. Kalau macam tu akak tolong Syuhada memasak malam ni. Ataupun kita makan di luar je, akak yang belanja. Pilihlah” ujar Nurul sambil tersengih.

“Kalau macam tu, mestilah Syu pilih makan kat luar. Ikan bakar ye kak?” balas Syuhada sambil melirik mata.
“Baiklah adindaku sayang..”

“Sayang akak juga”

Hampir jam enam petang, mereka bersiap-siap meninggalkan perpustakaan tersebut. Nurul sempat melngerling sebentar ke arah Rizal yang terus tekun menyiapkan kerjanya. Hatinya tenang melihat kelibat lelaki itu. Kalau diberi peluang bersua, dia mahu menatap wajah lelaki itu setiap hari, kerana dia bisa beroleh ketenangan setiap kali melihat raut jernih di wajah Rizal.

Nurul beredar meninggalkan perpustakaan tersebut dengan hati yang gembira. Gembira dapat berjumpa dengan Rizal walaupun seketika.
____________________________________

Sedari tadi Rizal tekun menulis sesuatu. Tiba-tiba tetefon bimbitnya berbunyi.

“Assalamualaikum Rizal, enta ada kat mana tu?”

“Ana di maktabah Zaaba. Sipakan assignment. Ada apa Abu?”

“Enta dah tahu?”

“Tahu apa, Abu?”

“Ana ke HEP tadi, kebetulan tersemrempak dengan Prof. Ramlee, dia dah tahu tentang enta masuk lokap tempohari. Berita tentang kita join demo tu dah sampai kat HEP. Dia nak jumpa dengan enta katanya. Macam mana ni Rizal? ana takut kalau….” jelas Abu Ikrima, suaranya sedikit mendatar.

“Macam mana boleh sampai diorang tahu?” Rizal mulai curiga. Pasti ada mata-mata yang melaporkan kejadian tersebut kepada pihak universiti.

“Ana pun tak pasti Rizal. HEP-kan ramai mata-mata” Abu Ikrima membalas dalam nada takut.

“Enta tunggu di rumah, kejap lagi ana balik” Rizal mematikan panggilan. Dia segera mengemaskan buku-bukunya. Kotak fikirannya tidak senang, asyik memikirkan apa yang disampaikan oleh Abu Ikrima sebentar tadi.

Namanya sudah acap kali naik di Jabatan HEP universiti, semuanya dengan kes yang hampir sama. Dia tidak takut kerana dia tahu apa yang dilakukan selama ini adalah sebuah perjuangan yang betul. Tindakannya tidak pernah menyalahi agama apatah lagi melanggari peraturan.

Perjuangan telah menjadi darah dagingnya semenjak dahulu. Baginya, memperjuangankan hak asasi manusia adalah kebenaran yang harus ditegakkan. Dia tidak bermaksud untuk melibatkan diri dalam perjuangan politik buat masa ini, tetapi sekadar berjinak-jinak dahulu dengan suasana masyarakat, kerana suatu masa nanti dia bakal berjuang di medan itu.

Menegakkan kebenaran sehingga ke titisan darah terakhir, itu janjinya buat diri.

Fikirannya kembali teringatkan Abu Ikrima. Teman baiknya. Dia tidak sepatutnya terlibat dalam hal ini. Tiba-tiba Rizal digamit rasa bersalah.

Sepi.

bersambung...

[Usah Jemu Memberi]

6 Responses so far.

  1. terbaik la ust...episod 7 tu jgn la lame sgt,

  2. Best cerita ini...akak suka.
    Pssttt...kisah benar kah??

  3. This comment has been removed by the author.
  4. nombor ganjil pilihan akak 253

  5. x sbar nk tggu episod sterusnya.

  6. fiq, cpat la smbung, terseksa la tggu lme2 mcm nie.

    huhu, keep it up!!