Tahniah Akhi Yasreef & Ukhti Azimah - Sebuah lagi Baitul-Muslim yang terbina


"ANDALUSIA"

“Dijat ada seorang sahabiyah mulimah yang mahu berkahwin” ujarnya kepada saya pada suatu malam. Kami bersembang melalui internet.

Selepas bertanya khabar sepatah dua kepadanya, dia terus menyatakan hasrat seorang dari kawannya yang mahu berkahwin. Katanya seorang hafizah dan juga bekas pelajar dari jurusan agama keluaran Al-Azhar.

“Tapi dia masih belum ada calon” sambungnya lagi. Saya faham. Tapi dalam hati saya masih terdetik, ‘Masakan muslimah yang bertaraf ini masih tidak bercalon?’ – Hafizah & juga dalam bidang agama. Namun saya membetulkan semula tanggapan hati itu bahawa; Jodoh bukan ketetapan manusia yang sembarangan.

“Dijat tak ada pengalaman nak mencari di mana, umurnya 29 tahun” ujarnya lagi membuatkan saya bertambah terkejut. Saya mulai mengerti maksudnya, meminta agar saya membantu muslimah ini untuk dicarikan calon suami di kalangan penuntut jurusan agama di Jordan.

Akhirnya, saya menolak permintaan daripadanya, kerana saya sendiri belum pernah melakukan kerja-kerja mencari jodoh sebegini. Lagipun, penuntut di sini majoritinya berumur 25 tahun ke bawah. Agak sukar untuk mendapatkan lelaki seusia dengannya – 29 tahun!

Saya tidak pasti, bagaimana sembang-sembang malam itu boleh berlanjutan kepada soal Bayt-Muslim. Selepas satu, satu yang kami perkatakan hinggalah tiba kepada topik yang menarik perhatiannya.

“Awat boleh jadi lagu tu?” soalnya, pelik selepas saya menceritakan bahawa masih ramai muslimah di Mesir mengalami situasi yang sama seperti sahabatnya itu.

“Bukankah disana ada sistem Baytul-Muslim?” soalnya lagi.

“Ya, memang ada,” jawab saya ringkas. Saya mahu dia faham bahawa Baytul-Muslim bukanlah jalan utama menyelesaikan masalah ini tetapi hanya alternatif atau pemudah caranya sahaja. Kalaupun tidak wujud Baytul-Muslim dan orang lelaki bijak memainkan peranan sebagai seorang lelaki muslim, masalah ini akan segera selesai – tiada lagi ‘andalusia’ (anak dara lanjut usia).

“Jadi, apa penyelesaiannya? Organisasi perlu berbincang perkara ini,” tegasnya. Adik saya yang seorang ini mempunyai sikap look-forward & rajin berfikir sesuatu.

“Muslimat kita terlalu ramai. Muslimin pula macam tiada ‘nafsu’ dan buat don’t know saja. Dalam masa yang sama muslimah tertunggu-tunggu lamaran dari muslimin,” balas saya agak panjang.

“Di Mesir, kalau seorang muslimin hendak mencari calon amat mudah. Tetapi entah di mana silapnya, muslimah kita di sana masih ramai yang ‘menganggur’ dan belum berpunya,” kali ini saya cuba memberinya pengalaman dan situasi.

Peluang sudah terbuka luas, tetapi masalah tidak juga selesai, ini bermakna ada something-rong pada salah satu pihak, samada muslimin atau muslimat. Saya segera menyalahkan muslimin dengan alasan mereka tidak menggunakan peluang yang sedia ada – muslimah yang baik-baik sangat ramai, mengapa masih tiada muslimin yang datang melamar? Akhirnya saya menoktahkan kesalahan pada pihak muslimin terlebih dahulu.

“Dijat ada cadangan,” dia segera bersuara.

“Apa dia?”

“Drama Tahajjud Cinta – POLIGAMI” Wah, lekasnya dia menyimpulkan resolusi seperti itu. Alternatif yang bisa menggegarkan dunia sekejap. “Langkah mayat saya dulu” kata seorang muslimah.

“No, no, no,” saya segera menjawab dan membantah.

“kenapa?” dia pula kurang berpuas hati dengan jawapan saya.

“Pertama, kerana muslimin masih lagi mencukupi, kedua soal kefahaman seorang muslimah dan kesediaan mereka terhadapnya. bukan semua wanita mampu menerima cara itu,” jelas saya.

“Lelaki mudah saja memberi poligami sebagai penyelesaian tetapi yang menerima adalah wanita,” sambung saya lagi.

“Habis tu, aulawiyatnya pula bagaimana?”

“Aulawiyatnya masih lagi seimbang untuk zaman ini. Monogami adalah tuntutan manakala poligami hanyalah alternatif terakhir,” ujar saya.

“Kalau macam tu, tiada isulah. Maknanya muslimah tiada masalah dalam mencari jodoh,” dia membuat kesimpulan awal. Saya membalasnya bahawa isu pokok tetap ada seperti yang telah saya sebutkan di awal perbincangan, iaitu masalah daripada pihak muslimin yang tidak mahu mencari dan membiarkan muslimah terkontang-kanting.

PERANAN MUSLIMIN & LELAKI

“Kalau macam tu, Bampit nak tanya Dijat dahulu, Dijat sendiri sudah ‘berpunya’ atau belum?” saya memulakan topik perbincangan kedua, main-topic kepada sembang-sembang kami malam itu.

“Calon tu ramailah, hehe,” dia berjenaka, saya tahu jenakanya itu benar. Maklumlah dia orang besar dan glamour sewaktu menuntut di kampus dahulu.

“Ramai calon itu problem kedua, kenapa Dijat masih belum bercalon?” soal saya pula.

“Dijat belum nak berkahwin lagi. Bahaya ni, soalan dari doktor cinta,” saya pula yang terkena. (tak apa).

“OK, soalan yang kedua. Dijat rasa, masalah dijat ni termasuk tak dalam problem kenapa muslimat kita belum ada yang berpunya?”

“Termasuk!” Dia mulai faham, saya gembira perbincangan ini telah membuahkan sedikit hasil.

Saya membuat hepotesis awal:

“Kalau seorang yang mempunyai situasi seperti Dijat, maka seorang muslimah akan terkorban, cuba bayangkan jika 1000 orang muslimin yang berpendirian seperti itu juga, agak-agak macam mana nasib muslimah kita?” Saya memberi sesuatu untuk dia berfikir. Dia akui kebenarannya.

Resolusi pertama telah kami perolehi, bahawa peranan utama dalam merealisasikan objektif Baitul-Muslim terletak di bahu seorang lelaki terlebih dahulu. Lelaki harus mendahului dalam proses mencari agar tiada lagi timbul isu lambakan muslimah yang tidak berkahwin.

Saya kira, jika isu pertama ini telah selesai tetapi masih wujud lagi muslimah-muslimah yang tidak menemui jodoh, barulah kita beralih kepada alternatif kedua iaitu POLIGAMI. Saya rasa, para muslimah mesti bersetuju, daripada hidup tersisih, lebih baik berkongsi kasih, tentu masih ada yang kasih.

PERKAHWINAN ITU DAKWAH

Dia membuka topik perbincangan baru.

“Yang Dijat nampak berdasarkan pengalaman, isu yang lain adalah segmen pemikiran seseorang dalam memilih jodoh, mungkin pandangan ini terlalu idealistic

“Maksudnya?” saya menduga.

“Perkahwinan sesama fikrah atau bidang. Ada yang menganggap, jika tidak berkahwin sesama fikrah perkahwinan itu dianggap telah gagal,” saya bersetuju dengan pandangannya. Cuma perlukan sedikit huraian lagi.

“Sepatutnya, kita harus menganggap bahawa perkahwinan itu sebagai salah satu cabang dakwah. Dengan sesiapa pun kita berkahwin, perkahwinan itu tetap dikira sebagai saranan Baitul-Muslim selagi ia termasuk di dalam batas tuntutan Islam dalam perkahwinan,” hujahnya panjang.

“Jika si isteri kurang baik atau berlainan fikrah, itu adalah tugas suami untuk mendidik atau mentarbiyyah isterinya. Maka jadilah perkahwinan itu sebagai salah satu cabang dakwah disamping untuk melebarkan sayap dakwah, malah pahalanya mungkin bertambah-tambah” cukup bernas idea yang dilontarkan olehnya, sependapat dengan saya.

“Masalahnya, apabila orang menganggap perkahwinan itu sebagai satu masalah, maka jadilah perkahwinan itu bermasalah. Apabila mereka berkahwin tidak sesama bidang, dia dianggap futur (gugur) dari medan dakwah yang pernah diceburi sebelum ini. Keras sungguh pandangan ini,”

‘Maknanya, doktor tidak bolehlah berkahwin dengan ustazah?’ Detik saya di dalam hati, memang benar apa yang dikatakan olehnya. Perkahwinan itu sebagai satu medan dakwah. Setiap pasangan berperanan mentarbiyyah dan mendidik pasangannya.

“Dijat rasa rugi kalau berkahwin sesama bidang atau fikrah,” dia memberi pendapat.

“Tak boleh juga kalau kita berpandangan macam tu. Jika kita dijodohkan dengan sesama fikrah atau bidang itu suatu kelebihan, jika sebaliknya pula ia sebagai suatu peluang,” jawab saya membetulkan sedikit pendapat yang kurang jelas.

“Kelebihannya untuk memperkemaskan dan memperkuatkan lagi cabang dakwah, peluang pula untuk menyebarkan dan meluaskan kerja dalam arena dakwah,” tambah saya lagi.

“Kalau semua orang berfikiran macam tu, semua masalah tadi mesti akan selesai, kan?”

“Betul,” Saya gembira dia mulai faham. Saya juga banyak memikirkan sesuatu atas cetusan dan ideanya. Lalu saya membuat satu resolusi baru.

“Pendek kata, berkahwin sesama bidang atau fikrah adalah satu galakan. Termasukalah jika berlainan bidang, juga satu saranan dan galakan. Tetapi, apa yang lebih utama, kita menyelamatkan muslimah kita daripada dia diambil oleh orang lain, yang boleh menyebabkan mereka jauh atau gugur dari arena dakwah,” jawab saya menggulungkan perbincangan pagi itu. Rupanya di Malaysia sudah menjangkau jam 3 pagi. Dia sudah mengantuk katanya.

Akhirnya, saya membuat satu kesimpulan terakhir sebelum menutup bicara pagi itu.

“Selepas semua kefahaman yang kita bincangkan di atas ni diterapkan kepada semua masyarakat, siapa yang harus memulakan dahulu langkah ini? Muslimin atau muslimat?” soal saya untuk dia memberikan pandangannya sendiri.

“Muslimin!” jawapan yang diberikan olehnya padat dengan kefahaman.

“Aiwah, muslimin kena mulakan dulu, dan muslimat akan menyokong serta memperkuatkan lagi,” saya menambah pendapatnya.

“Nampaknya Dijat kena cari calonlah ye?” selorohnya.

“Mestilah, kalau tidak semakin ramailah muslimah kita yang terabai,” jawab saya.

“Kalaulah seorang muslimat kita boleh melahirkan 5 orang pejuang Islam, kalau 10 orang yang “terkorban”, kita dah hilang 50 orang pejuang Islam dengan sia-sia, wahhhh..ruginya kita!!” saya beranalogi.

“Kalau macam tu, Bampit tolonglah survey-kan kalau-kalau ada muslimah yang sesuai untuk Dijat di Jordan,” dia berseloroh lagi.

“Kalau betul-betul mahu, kenalah serius, kalau main-main Bampit tak mahu carikan. Siapa yang tak mahu jadi adik ipar bekas Presiden MPPMJ, semua berebut-rebut tau,” gurau saya, sengaja mahu mengenakannya supaya dia serius memikirkan soal jodohnya yang semakin dilupa-lupakan.

“Aduhh, Bampit baliklah dulu. Nanti kita boleh bincang panjang,” saya tersenyum di hadapan laptop.

Saya seronok berdiskusi dengannya, ada saja idea baru yang jarang saya fikirkan. Saya lebih meminati cara berdiskui santai dan ilmiah berbanding mendengar ceramah atau membaca buku. Di samping mendapat idea baru, apa yang penting melalui cara ini kita mendapat respon dan feed-back secara langsung.

Pagi itu, saya mulai berfikir sesuatu. Untuk kebaikkan ummah dan kemaslahatan muslimah.

Tugas saya dan tugas sekalian muslimin.

Ayuh teman-teman, inilah pesan Nabi saw kepada kita: “FAL-YATAZAWWIJ”

[USAH JEMU MEMBERI]

6 Responses so far.

  1. assalamualaikum...saya sgt setuju dgn pandangan saudara.indahnyer jika muslimin menyedari tentang hal ini.tp xramai sebenarnyer y sedar.

  2. Salam alaik...duktur hubb..mahu auduq seterusnya...ana mentaqdim,ana bertanggungjawab...

    Semoga succes sebagai penulis hebat..Allahumma amin..

  3. sangat berguna, sepatutnya kaum muslimin harus dahulu sedar bahawa muslimat sangat memerlukan mereka.

  4. mohon copy ye ustaz..

    from: yang terpuji & mulia

  5. Saya kira, jika isu pertama ini telah selesai tetapi masih wujud lagi muslimah-muslimah yang tidak menemui jodoh, barulah kita beralih kepada alternatif kedua iaitu POLIGAMI. Saya rasa, para muslimah mesti bersetuju, daripada hidup tersisih, lebih baik berkongsi kasih, tentu masih ada yang kasih...

    "fiq, boleh tak ayat ni disebar2kan??"

  6. Boleh.

    Menyebarkannya tak menjadi kesalahan. tetapi kalau menyalah-gunakannya, penulis tak akan terlibat dengan apa-apa jua konflik.

    hehe. selamat menambah "cawangan" atau terus memilih satu-satunya si dia..