MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

1 Response so far.

  1. salam..alaiykh...
    ana nak berkongsi,
    bila baca sinopsis citer nie, persisi mcm citer nie dari seorng kawan.. tapi ana tak ingat siapa nak budak kecil tu yg dimana dia didik dan dia asuh oleh tentera yang pernah membunuh ibu dan bapa dia,sehingga dia menjadi seorang jeneral yang kejam.dan dia pernah menyeksa ayah kandungnya yg disangka olehnya telah meninggal dunia semasa dia masih kecil.sebelum dia mengetahui ayah sebenarnya melalui dairinya yg masih disimpan oleh ayahnya dia telah menyeksa ayahnya semasa dlm tahanan,sehingga ayahnya jatuh tersungkur dan ketika tu dia terbaca dairinya ketika kecil... barulah dia sedar siapa dirinya sebenar dan sempat memohon ampun dari ayahnya...wallahu'alam
    ana ingat lupa citer nie..tapi lebih kurang mcm nie la..(^_^)