Menjelang KARISMA 2009


Dicelah-celah kesibukkan berpelajaran dan fatrah mengulangkaji sempena peperiksaan kedua, KARISMA 2009 (Karnival Sukan dan Kesenian Mahasiswa Jordan) muncul tanpa sebarang undangan, penuh kontroversi dan konfrantasi. Saya melihat perawalannya sebagai suatu yang positif lagi relevan walaupun ada sedikit tercetus di ruang fikiran saya, Muktah adalah sebagai suasana tempat sukan yang mungkin retorik, mengapa ya? Dua tahun saya meninggalkan kampung Muktah, lalu gambaran situasi dan kondisi Muktah 2 tahun yang sudah masih lagi belum tertanggal di kotak fikiran saya, mundur dan kurang menarik. Namun, di mata orang lain saya tidak pasti pula bagaimana.

Meletakkan persepsi Muktah sebagai retorik adalah tanggapan yang salah, kerana mereka adalah seperti ubi yang diamnya berisi lagi bermanfaat. Persoalannya sudah terbukti, di hati saya selepas 2 hari setengah berkampung di sana, saya boleh katakan: Muktah is the best of the best!!

Maaf ye Syaheed atas persepsi negatif saya!

Melihatkan publisitinya yang cukup rancak dicanag-canangkan setiap hari, saya membayangkan suatu situasi hebat yang bakal menyambut kami dan dihidangkan pada hari tersebut. Paling kurangpun, mesti mampu bersaing lebih hebat daripada KARISMA tahun lalu. Dan saya terus mengharapkan agar lebih dari itu sebagai saingan positif. Iribd dan Muktah bukan calang-calang mahasiswanya dalam gerak kerja, kedua-duanya ada saja kelebihan yang tiada pada kami di Mafraq. Jadinya, saya amat merendah diri dan memayungkan hormat jika amanat melaksanakan karnival sebesar ini diberikan kepada dua gergasi tadi.

Apapun, misi menyatukan ukhwah mesti dilangsaikan segera.

Lalu, jadilah temanya yang berbunyi: SAYA DATANG KERANA UKHWAH!


Tema yang Matang dan Merapatkan Jurang

“Memang semua student Jordan guna kata-kata macam tu ke?” Tanya seorang sahabat maya (pelajar mesir) melalui yahoo Mesengger, dia pelik melihat ramai di kalangan pelajar Jordan yang menggunakan display picture memaparkan slogan patriotik yang semuanya sama, bezanya cuma pada warna.

“Bukan-bukan, itu tema untuk temasya sukan terbesar kami nanti,” balas saya. Barulah dia faham.

”Ada juga tema macam itu ya?” dia juga pelik tetapi tertarik dengan tema simbolik itu. Belum pernah orang buat begini.


warna-warni ukhwah

Apapun, tema ini memang sengaja mengundang konflik, beberapa bulan sebelum dibuka tirai sukan, diskusi yang secara tidak diduga bertalu-talu masuk di kotak shoutbox memenuhi ruang blog rasmi gerak kerja KARISMA 2009.

Ada juga yang beremosi, sabar... sabar!

Tema itu sebenarnya dicetuskan ideanya oleh pengarahnya sendiri, saudara Ifwat, walaupun dia sudah tahu nasib buruk yang bakal menimpanya dan apa yang akan terjadi apabila dia bersungguh-sungguh menaikkan tema itu, namun segala jawapan dan hujah sudah tersedia lengkap di dalam poketnya. Hasilnya, perkataan ukhwah sudah lekat di bibir kami dan seluruh atlet serta kontinjen. Maka, suasana ukhwah terbina dengan sendiri di sepanjang temasya besar tersebut. Walaupun dalam gurauan tetapi ia tetap ilmiah dan bukan lagi retorik!

“Korang kena bagi kami menang la, sebab nak jaga ukhwah,” kata seorang sahabat dari kumpulan hijau.

“Boleh saja, korang kena bagi kami dulu menang, bukti ukhwah korang pada kami, amacam?” balas seorang yang lain dari kumpulan merah pula.

“tak kisah, ukhwah punya pasal, semua boleh! Haa, ambil ni,” dia memulakan serve perlawanan.
Semua ketawa.


Sebelum dan Sebelumnya

“Anta join ke tidak, KARISMA nanti fik?”

“Rasa-rasanya ana tak boleh pergi, ada dua exam lepas sukan tu. Bimbang tak sempat nak study,” balas saya. Harapan saya mahu ke pecan kecil itu terbantut disebabkan kongkongan exam.

“Alaaa, bawa je buku, boleh ulangkaji kat sana,” mudah saja jawapan sahabat saya yang seorang ini, dia bijak tak mengapalah!

“Kalau sempat bacalah, kalau sibuk bersukan? Penat lagi, malas lagi,”

Dia diam dan mengangguk sahaja.

“Rugilah kalau tak pergi, masa inilah kita nak jumpa kawan-kawan lama,” Saya pula diam, mula berfikir sesuatu. Rasa terpanggil pula untuk ke sana.

Petang khamis, hari yang sama untuk bertolak ke Muktah, saya bertukar fikiran, membuat keputusan untuk ke sana juga, selapas peperiksaan Usul fiqh ditangguhkan seminggu lagi, saya mengucap syukur gembira, peluang untuk ke pekan kecil itu terlaksana juga akhirnya. Ketika itu tergambar semula Kampung Muktah yang serba kekurangan.

Kekampungan bukan alasan, sahabat dan ukhwah itu yang terutama, kata saya memujuk hati. Bila hati terpujuk, hasrat terus menjadi gembira, semangat bertukar cerah. Muktah perlu saya jelajahi. Jam 6 petang Khamis, kami selamat bertolak daripada pekan Mafraq!


Tiba Sebagai Tetamu Muhajirin

Jam yang menunjukkan 11 malam, ketika itulah kami baru saja tiba di perkarangan Muktah, pekannya masih lagi hidup dan sesak. Hebat, kata saya dalam hati. Cuma apa yang kelakar, kebanyakkan atlet daripada Irbid dan Mafraq semuanya menggelabah dan terkejut!
Suhunya terlalu sejuk! Sedangkan kini bukan musim sejuk lagi.

Muktah mahu membuat supprise kah??

Jangan main-main...

Semunya hampir terkulat-kulat dan segera menggelodek beg masing-masing, mencari-cari baju sejuk yang tidak rancang untuk dipakai, namun terpaksa disarungkan juga kerana suhu yang memaksa kami. Dalam kesejukkan itulah, kami cepat-cepat diberi penempatan dan rumah tumpangan masing-masing.

“Duduklah dulu, ana siapkan air minuman dan makanan. Sekejap lagi kita jamu sama-sama,” pelawa sahabat tuan rumah, junior saya di universiti dahulu. Mesra tanpa mempamerkan rasa terbeban bila kami datang. Saya dan kawan-kawan yang lain kagum!

Seusai makan malam yang sebenarnya jika dikira sudah mencapai status sahur, kami mula berborak-borak, maklumlah sudah sekian lama tidak bertemu teman lama. Membuka cerita-cerita kelakar dan lucu di zaman kampus dahulu sememangnya mengundang leka dan seronok, dari satu cerita melangkah pula ke cerita yang lain, sehingga tanpa sedar angka jam sudah menunjukkan 3 pagi, sedangkan kami perlu bangun seawal 6 pagi untuk majlis perasmian pembukaan dan akan terus memulakan match yang pertama pagi-pagi esok!

Saya mahu berkongsi suatu cerita dan semangat ukhwah yang telah ditunjukkan oleh tuan rumah, iaitu seluruh warga Muktah. Saya difahamkan penduduk Malaysia di sana sememangnya menunggu kedatangan kami dengan penuh terbuka. Persiapan demi persiapan dilakukan seawalnya beberapa minggu sebelum kunjungan kami.

Terharu kami dibuatnya. Sehingga tara itu kunjungan kami diberi penghormatan dan keistimewaan. Kami dibuat seolah muhajirin yang baru sampai di kota Madinah! Itulah tema ukhwah yang tidak sangka sehingga sedemikian rupa cuba diwujudkan oleh warga Muktah. Damai dan bahagia kami rasakan. Inilah isar yang kami rasakan cukup bermakna buat kami.


Qarar (silibus persiapan setiap rumah) juga dikeluarkan, bagi memastikan setiap rumah yang akan menampung tetamu daripada Irbid dan Mafraq mesti mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh ‘sirim’ dan pihak penganjur KARISMA, hebat bukan?

Maka bertungkus-lumuslah persiapan segera dibuat, tandas-tandas ditoreh karatnya, bilik-bilik disapu dan dikemaskan kedudukkannya, ruang tamu dan halaman semunya dibersihkan, satu bilik khas untuk tetamu juga disediakan bagi memudahkan pergerakkan. Malah ada yang sanggup mengeluarkan bajet untuk mengecat rumah agar kelihatan baru dan menarik, semua itu semata-mata ingin menyambut kehadiran kami.

Terharu kami dibuatnya. Sehingga tara itu kunjungan kami diberi penghormatan dan keistimewaan. Kami dibuat seolah muhajirin yang baru sampai di kota Madinah! Itulah tema ukhwah yang tidak sangka sehingga sedemikian rupa cuba diwujudkan oleh warga Muktah. Damai dan bahagia kami rasakan. Inilah isar yang kami rasakan cukup bermakna buat kami.


Layanan yang Bertaraf Lima Bintang

“Makanlah, jangan segan-segan, ini saja yang mampu kami sediakan,” pelawanya. Sahabat tahun akhir di Jamiah Muktah merangkap tuan rumah yang mesra alam.

Malam itu makan kami bertaraf hotel di Malaysia, hidangan makanan sahaja sudah tiga jenis, minuman pula 2 jenis. Nasi Goreng Ayam, Paru Goreng berempah, Nasi Berlauk Ayam Kurma dan Sayur, Makaroni pun ada, air gas dan juga koktail buah-buahan. Bagi tuan rumah ‘ini saja yang mampu sediakan’ namun bagi kami, itu sudah melebihi daripada special dan istimewa.
Kenyang yang belum pernah kami rasai sebelum ini, Muktah yang hanya sebuah kampung mampu menyediakan makanan bertaraf melebihi daripada hidangan Kampung.

Lepas makan makan, lepas makan terus makan dan hampir terkulai kami dibuatnya. Kalaulah sepuluh buah rumah yang kami duduk dan bermalam bersantun seperti ini, maka kami akan mati disebabkan makan sahaja. Bahkan, selepas saja makan, ada pula yang menjemput datang ke rumahnya untuk di jamu lagi. Langsungnya kami terpaksa menolak kerana darurat perut yang teramat sangat.

Terima Kasih kepada Chef yang terlibat dalam menjayakan serta menyajikan makan-makan candle light dinner malam itu.


Wan, Kisah Hidupmu Kami Endah dan Jiwai...

Kami tidak menyangka yang Wan akan menjamu kami dengan sebegitu rupa, sangat banyak makanan malam itu, selepas satu, satu lagi dikeluarkan. Kami pula makan dengan penuh selera. Sambil makan diselangi dengan borak-borak yang ringan sehingga Wan yang memulakan bicara sedihnya.

“Ibu dengan ayah Wan dah lama berpisah,” Wan bersuara, bergetar saja di hujung nadanya. Saya mula lihat kelopak matanya seolah digenangi air.

“Adik-beradik Wan semuanya ikut ayah. Wan seorang je yang teman ibu sekarang. Alhamdulillah ibu Wan dah pun berkahwin semula, lega wan rasakan,” Luah Wan pada kami malam itu.

Apa yang saya kagum pada Wan ialah sikap dan prinsipnya, katanya: ibu adalah segala-galanya buat dia, Pelajaran dan kasih seorang ibu, dia jujur memilih sayang seorang ibu yang pernah berjasa. Akhirnya, dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke Tanah Syam ini berkat kasihnya kepada ibundanya. Lantas kami dipertemukan di sini.

Apa yang saya kagum pada Wan ialah sikap dan prinsipnya, katanya: ibu adalah segala-galanya buat dia, walaupun ayahnya berkali-kali melarang Wan kembali ke pangkuan Ibunya, dia tetap berkeras setia menemani sepanjang liku hidup ibunya yang berseorangan, bahkan sepanjang tiga tahun dia menguruskan kes penceraian ibunya, Wanlah teman setia di sisi ibundanya tanpa berenggang walau sedikit. Pelajaran dan kasih seorang ibu, dia jujur memilih sayang seorang ibu yang pernah berjasa. Akhirnya, dia Berjaya melanjutkan pelajarannya ke Tanah Syam ini berkat kasihnya kepada ibundanya. Lantas kami dipertemukan di sini.

Wan, walaupun kami tidak merasakan peritnya kehidupan seperti yang Wan rasakan, tetapi kami tetap merasakan Wan seperti adik-adik kami, sedih kami malam itu masih lagi berlarutan bila mendengar cerita Wan. Kami mahu Wan juga gembira dalam hidup seperti kami. Jangan sedih-sedih ya Wan! Kami sentiasa di sisi Wan membantu selagi mampu, moga persahabatan dan ukhwah kita terus berpanjangan dengan redha ALLAH taala.


Pulang yang Membawa Kekalahan, Tetapi Puas dan Bermakna

Tidak ada apa yang kami mampu bawa pulang ke tanah air Mafraq semalam melainkan kekalahan tanpa pingat dan sebuah potongan kasih sayang serta jalinan ukhwah dari kawan-kawan Muktah. Apa tidaknya, sukan-sukan yang di target sebagai kemenangan semuanya hancur sejak di awal-awal perlawanan lagi.

Bola sepak, kalah secara terhormat.

Bola Tampar pula, sedikit kecewa tetapi bersemangat kental.

Ping Pong hanya tempat ketiga.

Badminton juga ketiga.

Keseluruhannya, Mafraq mendapat kedudukan ketiga selepas Irbid (tempat pertama) dan Muktah sebagai tuan rumah mendapat tempat kedua. Amman pula tempat terakhir, iaitu pertama dari belakang.

Kalau dilihat semula memang tidak berbaloi, tetapi kami puas dengan semua kedudukan itu disebabkan kesungguhan atlet kami. Semuanya datang bukan untuk menang, tetapi bermain kerana mahu menyatukan ukhwah dan persefahaman. Kalau dahulu kami ke Muktah dengan semua orang yang mungkin tidak mengenali, tetapi sekarang, semua adalah sahabat kami, kerana kami datang untuk mengecap nilai ukhwah.


Ukhwah yang Datang dan Pergi

Kata Nabi dalam sabdanya: orang-orang mukmin itu ibaratnya seperti sebuah bangunan, setiapnya memperkukuhkan setiap yang lain. Seiring pula kata ALLAH taala dalam kalamnya yang suci: sesungguhnya orang mukmin itu seluruhnya bersaudara, maka damaikanlah di antara keduanya. Maka Islam dengan saranan ALLAH dan Rasul mengajarkan kasih sayang kerana Islam adalah agama berkasih sayang, ikatannya juga adalah berlandaskan sebuah kasih sayang yang tertegak kerana ukhwah. Jauh di sudut itu, kita sebagai penganutnya dilarang menguraikan ikatan yang terlalu suci dan kudus itu, kerana kita disatukan oleh aqidah yang membawa prinsip kesatuan dan kebersamaan.

berakhirnya temasya KARISMA 2009 bukan bermakna ukhwah kami akan terputus, tetapi akan terus disemaikan pokonya agar terus bersinar sehingga ke akhir hayat. Sukan yang mempertemukan kami dengan nilai ukhwah ini tidak akan kami sia-siakan jasanya. Semoga terus bertakhta di dalam doa dan sanubari kami untuk selamanya.

Untuk read more, tulis di sini...

1 Response so far.

  1. Kalaulah semua orang dapat melihat manisnya berukhwah...