MALAM tadi, seusai semua kerja saya, sempat sekali membelek-belek buku bergenre alam perkahwinan, tak ketahuan pun saya tertarik dengan cerita romantic ini, akhirnya terlajak sehingga berangan-angan yang membuahkan saya senyuman tanpa saya sendiri sedar. Percayalah, sungguh romantis kisah ini, walaupun pendek tetapi nilai estetikanya sungguh mendalam, teruskan membaca:

Seorang lelaki mengunjungi butik SRI MUNAWWARAH DESIGN di Taman Tun Dr Ismail. Dia bertanya kepada Perunding Imej, Puan Haslina Mhd Ali, apakah dia dibolehkan menghadiri bengkel pemakaian tudung yang selalu diadakan di situ?

“Bengkel ini khusus untuk wanita sahaja. Encik bawalah isteri encik untuk belajar cara pakai tudung,” cadang Puan Haslina.

“Masalahnya puan, saya yang selalu memakaikan tudung isteri saya sebelum dia pergi kerja,” jelas suami itu.

“Kenapa begitu?” Tanya Puan Haslina sedikit mengejut.

“Saya suka dia pakai tudung cantik-cantik menutup aurat macam yang dijual di sini. Dia tak berapa pandai ikat tudung. Waktu tengahari kami balik berehat sama, jadi saya sanggup ikatkan tudungnya semula,” jelas suami lagi.

Terharu dan terpegun Puan Haslina melihat kesungguhan si suami itu menjaga penampilan isteri dalam kemas, sopan tetapi elegan. Si suami ini memang selalu mengunjungi SRI MUNAWWARAH DESIGN untuk membelikan tudung-tudung terkini dan pakaian untuk isteri kesayangannya.

Anda bagaimana pula?

ISTERI, tak mahukah memiliki suami yang budiman seperti ini? Sanggup mengikatkan tudung anda nanti. Bahkan mungkin lagi lebih dari itu, hanya untuk anda seorang isteri tersayang, indahkan?

SUAMI, bila lagi anda mahu ringan-ringan tangan untuk berbakti pada isteri tersayang? Isteri sudah banyak berbakti kepada anda bukan? Anda hanya memakaikan si kesayangan anda ini dengan tudung, tanda cinta anda kepadanya. Ah sungguh mudah tapi dalam nilai kecintaan.

Apa kata anda pula?

p/s: petikan cerita ‘suami ikatkan tudung’ daripada buku ALAHAI PENGANTIN BARU hasil tulisan dan idea Jalilah Abdullah salah seorang penulis dan kolumnis majalah ANIS, keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Sungguh menarik dan ringan untuk dibaca. Saya pernah lalai seketika apabila menyelongkar isi buku ini. Setiap kali membacanya setiap kali itulah saya akan tersenyum sinis.


Untuk read more, tulis di sini...

2 Responses so far.

  1. Afiq..

    Kalau tanya kak tirana mesti kak tirana kata nak suami yang macam tu dan kak tirana percaya kalau tanya wanita lain pun semua kata nak sebab perempuan memang nature dia suka dibelai dengan kasih sayang tapi masalahnya suami yang tak nak buat..hehehe.. Walaupun apa pun kak tirana bersyukur dapat suami yang bertanggungjawab walaupun dia tak pakaikan tudung untuk kak tirana tapi dia tetap belikan dan pilihkan baju untuk kak tirana pakai. Kak tirana terima dia seadanya kerana kak tirana pun nak dia terima kak tirana seadanya..

  2. salam ust afiq..

    aduhai..nk pinjam buku tu blh???