i. Lelaki - (Lewat)

‘Sory Farah, I betul-betul tak sengaja lewat. Boss I minta I gantinkan meeting dia tadi’ terkocoh-kocoh Azman berlari-lari anak mencari kelibat seseorang, akhirnya bertemu. Sekuntum bunga disorokkan di belakang. Nafasnya masih tercungap-cungap. Dia lewat lagi dinner malam itu.

‘You selalu macam ni. Tak habis habis-habis dengan alasan boss you. Dah tak ada orang lain ke yang boss you nak cari?’

‘Huh!’ Farah cepat-cepat memalingkan muka ke arah lain. Merajuk. Marah. Bengang.

‘That urgent! I tak boleh nak elak, memang di pejabat tadi ramai yang bercuti, so I kena gantikan tempat dia. You pun tahukan I sebagai apa’ ujar Azman. Dia tahu alasannya kali ini bakal mengundang marah walaupun seingatnya baru kali ketiga dia terlewat sepanjang perkenalannya dengan Farah. Baru 3 kali, tidak banyak pun!

‘stop!’ bentak Farah. Moodnya sudah hilang sejak sejam yang lalu menunggu Azman.

‘Farah, maafkan I. I tak sengaja, next time I janji tak buat lagi?’

‘Dasar lelaki. Semua sama! Selalu tak tepat janji. Then, senang-senang minta maaf!’ Azman kaku. Habis daya mahu memujuk teman wanitanya. Dua tahun menjalinkan hubungan, Farah hingga sekarang belum pernah memahami kesibukkannya sebagai orang besar dalam kerjayanya. Banyak sudah masanya dihabiskan untuk kekasihnya yang seorang itu. Azman Cuma mahukan Farah memahami situasi sahaja, tidak lebih daripada itu. Bukan mahunya perngorbanan dari gadis itu, tetapi hanya sekelumit belas yang berupa simpati iaitu memahami keadaannya.

Kasih sudah Azman korbankan, cuma pengorbanan belum berbalas. Dinner malam itu berbaur kusam dan hambar.

Buat kali ke berapa, Azman di persalahkan lagi. Salah dan terus bersalah. Tapi dia sudah biasa dan lali.

‘Susahnya nak faham perempuan’ bisik hati kecilnya.

Sepi.


ii. Suami - (Lupa Lagi)

Kelam kabut Farid mengemaskan fail-fail yang berselerak di atas meja kerjanya, baru selesai menyiapkan kertas kerja projek yang bakal dibentangkan esok. Hari ini seharian dia berteleku di pejabat, breakfastnya hanya sempat meneguk Nescafe dan sepotong roti. Tengahari tadi pun tidak sempat lunch seperti selalu dengan rakan-rakan, hanya petang tadi Ismail, dispatch sepejabat dengannya menghulurkan baki-baki goreng pisang, mujurlah ada. Semuanya hanya semata-mata kertas kerjanya yang satu ini.

Dia mencuri pandang jam, sudah ke angka dua belas malam rupanya. Dia harus cepat pulang. Mahu berehat, tenang-tenangkan fikiran.

‘Awak belum tidur lagi Sofea?’ sambil-sambil menanggalkan stoking dia menegur isterinya yang duduk sepi di ruang sofa. Televisyen bernyala namun dimatikan suaranya.

‘Abang tak call Sofea pun nak pulang lewat?’ soalan Farid belum berjawab. Sengaja Sofea tidak menjawab. Dia merajuk, suaminya tidak ingat bahawa malam ini….

‘Kan Abang dah SMS siang tadi?’

‘SMS je?’

‘Kenapa ni Sofea. Macam ada yang tak kena. Awak marah pada saya ke?’ Farid merebahkan duduknya di sebelah Sofea di ruang sofa televisyen. Dia mencapai tangan Sofea, mengurut lembut, mudah-mudahan marahnya reda.

‘Atau ada apa-apa yang abang terlupa janji dengan Sofea?’ Tambah Farid lagi, mahu memujuk isterinya. Sofea membatukan diri, matanya ke arah televisyen namun kepalanya melayang jauh. Hatinya sebak. Farid lupa lagi.

‘Huh!’ Sofea mengeluh kecil.

‘YA ALLAH! Maafkan Abang Sofea. Anniversary? Abang betul-betul lupa’ bila terpandang kalendar di dinding baru dia teringat akan hari bertuah itu. Farid benar-benar terlupa tarikh itu. Dia bukan sengaja. Kerja di pejabat tapi mendesaknya untuk lupa.

‘Uh! Lelaki, memang sama semuanya. Benda kecil pun lupa’ Sofea merungut kecil, perlahan saja bisiknya. Namun Farid dengar. Sofea pantas bangkit meninggalkan Farid seorang diri. Farid termangu-mangu bangun mahu memujuk, namun Sofea cepat berlari ke kamar tidur. Merajuk. Marah. Bengang.

‘Sofea, pleeaaaaase sayang. Abang betul-betul minta maaf!’ Letihnya siang tadi dibalas dengan rajuk Sofea. Hajat Farid mahu berehat dan menggamit ketenangan menjadi hampa.

Sofea merajuk lagi. Alamatnya seminggu lagilah dia akan bermasam muka mahu memujuk puteri yang seorang itu. Biarlah Sofea tidak memahami, asalkan Farid sendiri tidak melukai sesiapa. Mudah benar lelaki dihukum.

Akhirnya Farid terlelap saja di sofa malam itu.

Sepi.


iii. Ustaz - (Ego)

‘Ana cadangkan supaya kita tambahkan saja Ahli Jawatankuasa dalam program sukan kali ini, supaya kerja-kerja pengurusan semasa berjalannya program tidak kelam kabut’ Thoriq bersuara. Dia memberi cadangan.

‘Ya. Betul-betul. Kalau ikutkan pengalaman lepas, program sukan begini selalu tak menang tangan’ Salman pula menambah. Dia bersetuju dengan idea Thoriq.

‘Ustaz, ana kurang setuju. Kalau kita tambah AJK, maknanya bajet mesti bertambah. Susahlah nanti, kita banyak nak guna duit, terutama nak hias-hias pentas dan sebagainya’ Balas Suhaida. Suara tidak setujunya kedengaran di sebalik tirai. Mesyuarat petang itu agak panas juga. Seawal mula mesyuarat lagi, ada saja cadangan Syabab (lelaki) yang tidak sekepala dengan akhwat (perempuan). Bukan Suhaida seorang bahkan majority akhwat!

‘Duit insyaallah ana akan usahakan. Yang penting program ini mesti berjalan dengan lancar. Sudah 3 tahun berturut-turut kita mempunyai masalah kekurangan tenaga kerja. Ana pun segan dengan Pegawai-pegawai yang datang tanpa layanan dan perform yang baik’ tambah Thoriq lagi. Dia bukan mempertahankan hujah, tetapi sekadar mahu program itu berjalan baik. Itupun kurang dipersetujui. Tidak banyak, permintaannya hanya mahu ditambahkan AJK.

‘Lagipun ana rasa AJK yang kita lantik ni dah cukup banyak. Kenapa ustaz mahu tambah lagi? Ana tak nampak pun ada kekurangan’

‘Ana cuma mahukan persediaan awal. Mana tahu terjadi perkara yang sama’

Semua sidang mesyuarat bersuara sesama sendiri. Agak hingar seketika. Akhwat berbincang sesama mereka. Syabab juga begitu.

Di sebalik tirai Suhaida hanya berbisik pada temannya di sebelah: ‘Lelaki, sama je semua Fatin. Ego! Bukan nak dengar pendapat kita pun’

‘Isy, tak baik kau cakap macam tu Ida’

‘Kau pun sokong Ustaz Thariq juga?’ Suhaida berseloroh memerli. Marah pun ada.


iv. Abang - (Bodek)

‘Ummi, bangah ingat nak minta duit belanja sekolah lebih sikitlah esok. sekolah bangah ada buat jualan buku’ Fifi merapati bondanya yang sedang sibuk memotong sayur. Kak Long di sebelah bonda hanya menjeling.

‘Nak beli buku ke, nak makan-makan? Macamlah orang tak tahu’ Kak Longnya bersuara. Sengaja mahu melihat adiknya marah.

‘Kak Long ni, ada-ada jelah. Orang cakap dengan Ummi bukan dia’

‘Boleh ya Ummi?’

‘Ya sayang! Esok ingatkan Ummi sebelum ke sekolah’ ujar bondanya. Fifi tersenyum riang, hasratnya belum pernah sekali ditolak bonda. Maklumlah anak bongsu.

‘Fifi tu bukannya Ummi tak tahu. Mana pernah minat buku cerita. Ni pula nak beli buku-buku sekolah. Entah-entah komik yang dibelinya’ tambah Kak Longnya lagi. Sedikit marah apabila bondanya menurut saja kehendak Fifi

‘Ita, biarlah, kamu patutnya bagi semangat, ini tidak’

‘Huh! Lelaki semua sama je, kecil-kecil dah pandai membodek. Mulut manis!’

‘Isy’ bonda menegur.

‘Wekkkk, Kak Long jelous!!’ Fifi pantas berlari ke ruang tamu. Jika tidak, pasti ada habuan dari Kak Longnya.

p/s: terima kasih untuk teman alumnai housemate saya shuk-koey, posting ini terhasil daripada dia. kalau siapa-siapa yang geram atau marah. dia selayaknya dimarahi dulu, bukan saya. kih kih kih! siaplah kau shuk!!!

Untuk read more, tulis di sini...

14 Responses so far.

  1. shuk je cmtu kot..ptt asik x menjadi jer..ekekeke

  2. iye la kot...

    laki memang macam tu rul..
    apa pun, sama-sama sedar kelemahan diri. bukan salah-menyalahi.

    lelaki dan perempuan saling memerlukan, kalau asyik bergaduh, macam mana nak bina baiti jannati..

    thanks aruL'z

  3. yup!

    setuju dengan arul..nice posting!!

  4. slm,

    kadang2 btul jg apa yg di kta,
    kita smua ada salah dan kelemahn,
    laki & pompuan kena saling tmpung menampung antara satu sama lain..

    bukan menyalahkan saja.

    lelaki semua sama je..
    perempuan semua sama je

    kita saling perlukan

  5. Salam.
    Masalah lelaki adalah ego.
    Masalah perempuan adalah emosi.
    Penyelesaiannya lelaki kena rasional, wanita mesti rendah diri..
    Betul tak?

  6. to - aizat salleh
    emosi dan rendah diri?
    betul ke tu?
    klu perempuan emosi-- kena rendah diri... boleh explain bg sape2 yg faham

  7. emosi(p) vs ego (L)???kpd us aizat! why?knpa ya,(L)selalu dambakan rendah hati seorg P pabila tengah EGO, sebab L tahu,dia sukar @ payah@ mustahil turunkan suhu EGO,sebenarnya bukan tak boleh, tp taknak je,ok nak bagi situasi.. kenapa dgn SOMEONE yang L suka dia boleh berubah??? bgi P plak, diaOrg nie asal USUL memg RENDAH @RAPUH @ FRAGILE tapi demi berhadapan dgn L,semua itu cuba diHIDDEN,mereka CUBA dan TERUS MENCUBA! tapi hati mereka tetap di LANYAKn kerana APA? keran seorg L yg tk ADIL bahagikan HORMAT pda SEMUA P.

  8. Kepada anonymous 1:
    Maksud saya, lelaki yang ego kena rasional untuk berhadapan dengan wanita yang emosi. Manakala wanita yang emosi mesti rendah diri berhadapan dengan lelaki yang ego.. Baru saling melengkapi..betul?

  9. Kepada anonymous 2:
    Saya rasa macam anda ada sejarah buruk dgn lelaki (maaf hanya persepsi), berdasarkan kritikan anda. Apa kata anda pula tentang kerendahan diri lelaki dengan rasional mereka?
    Atas dasar apa takrifan anda tentang ADIL lelaki kepada wanita atau wanita kepada lelaki?
    Perasaan? Bolehkah adil dengan perasaan?
    Saya bukan pesimis, malah saya kritik juga lelaki yg tidak dpt hormat kpd wanita, jika mereka bersifat rasional, ia tidak akan berlaku bukan?

  10. to anymous 1:

    betul juga pendapat aizat:

    1. LELAKI (Ego) mesti RASIONAL berhadapan dengan WANITA (Emosi)

    2.WANITA (Emosi) mesti RENDAH DIRI berhadapan dengan LELAKI (Ego)

    mungkin itu dari sudut MUAMALAH yg aizat maksudkan..

    mungkin yang anda faham begini, saya cuba bawakan apa yg anda faham:

    1. LELAKI (Ego) mesti selalu MERENDAH DIRI tidak kira berhadapan dengan siapa pun.

    2. WANITA (Emosi) mesti WARAS (Rasional) dalam setiap tindakkan.

    * EGO adalah meninggi sifatnya lalu ia mesti di rendahkan dengan sifat MERENDAH DIRI untuk KESTABILAN.

    * EMOSI adalah bersifat panas lalu ia mesti disejukkan dengan RASIONAL fikiran untuk KESTABILAN.

    betulkah begini anymous 1?

  11. thats right afiq..

    sy jg stuju dgn pendpat tu, mungkn anymous 1 pun stuju jg kot.

    sbnarnya LELAKI & WANITA, masing-masing ada sifat EGO & EMOSI.

    cumanya, siapa yg t'lalu EGO dan siapa pula yg t'lalu emosi.

    boleh tahu jawapn, bila tanya diri sndri.

    nice article!!

  12. Lelaki Dan Wanita Sama Saja.Kedua2nya saling memerlukan.Pasni wat post baru ngn tajuk LELAKI SAMA SAJA DENGAN WANITA.
    Apa macam us afiq??Tak pun kita suruh Ust Syuk wat post sndiri kat blog dia??ngeh ngeh :)

  13. ana anonymous 1,
    ooo ana baru faham. betulla tu kata ustaz aizat n ustaz afiq.

    rendah diri itu suatu kelembutan.

    rasional itu suatu ketegasan...

  14. Shuk wat research ek??? hehehe.. atae pengalaman sendiri..


    fahmi fawwaz...