Jangan Benci Sahaja

Seorang manusia yang bertabiat jahat tidak cukup dengan hanya membenci kejahatan yang dia lakukan sekiranya mahu kembali ke pangkal jalan, tetapi yang lebih utama adalah membuktikan perubahan itu dengan berusaha mengembalikan kebaikkan di dalam diri dan jiwanya.

Tidak guna jika sepanjang hari hanya mengucapkan sesalan dan mahu kembali, tetapi diri masih belum bersedia ke arah itu. Saban hari dan waktu dia berdoa kepada Tuhan untuk dijauhkan daripada kejahatan (benci kemaksiatan) namun usaha untuk membawa diri kepada kebaikkan masih ditangguh-tangguh. Tidak perlu berkali-kali mengatakan benci kepada keburukan kerana fitrah manusia sememangnya menolak sifat buruk itu. Sebaliknya bawalah kesungguhan untuk membuat perubahan.

Pokonya adalah, untuk melakukan perubahan kepada kebaikkan dari alam kejahatan, bukanlah cukup dengan sekadar membenci kejahatan sahaja tetapi dalam masa yang sama menghentikan sikap buruk dan berusaha menjadikan kebaikkan sebagai pengganti keburukkan.

Lagipun ALLAH telah menyebutkan di dalam Kitabnya, ‘Kamu adalah sebaik-baik Ummat di kalangan-mu. Mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran’

Firman ALLAH itu jika disalah-ertikan pasti akan membawa maksud yang berbeza; melaksanakan yang baik dahulu dan Tinggalkan yang buruk kemudian. Firman ini bukanlah menyuruh manusia melakukan salah satunya sebagai pendahulu, tetapi makusd Tuhan adalah ia mesti diseiringkan. Manusia tidak bolehlah menganggap bahawa meninggalkan keburukkan harus dilakukan dahulu, dan selepas habis dia meninggalkan semua kemungkaran barulah dia mula untuk berjinak dengan kebaikkan, salah! Itu salah sama sekali.

Bukan itu yang Tuhan mahukan.

Seiring. Itulah yang betul.

Lihatlah jika makna kata ALLAH itu disalah-ertikan. Si polan seorang yang mahu beramal dengan suruhan ALLAH, tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak hendak meninggalkan kemungkarannya seperti mencuri dan lain-lain lagi. Katanya: ‘Buat baik dulu, tinggal jahat kemudianlah’

Wah! Seronoklah begitu? Sambil-sambil berpuasa bolehlah mengumpat sahabat sendiri. Dua dalam satu. Semuanya kerana tak faham, katanya ‘nanti-nantilah tinggal yang jahat’. Akhirnya, itulah yang terjadi kepada kebanyakkan masyarakat sekarang, nama sudah nampak macam orang ISLAM, di dalam kad penganalan juga tertulis status ISLAM tetapi pakaiannya seperti orang putih. Belah sana dan sini. Jeans koyak, rambut ala-ala up to date. Kata mereka, mahu mengikut peredaran zaman, itu yang agak kebaratan sikit. Rupanya ada hati mahu menjadi mat salih sedang hidungnya tidaklah semancung mana.

Sudah-sudahlah.


Martin Luther King

Beliau Lahir pada 15 Januari 1929, asalnya diberi nama sebagai Martin Luther King tetapi akhirnya hanya digelarkan Martin. Hidupnya dikerumuni dengan dunia Paderi, Datuknya telah berkhidmat sebagai paderi daripada Gereja Baptis Ebenezer di Atlanta, menjadikan Martin sebagai perinstis selepas kematian datuknya. Pada tahun 1954, Martin Luther King menjadi pendeta di Gereja Baptis Dexter Avenue di Montgomery, Alabama.

Akhirnya, pada tahun 1964, Martin menjadi orang termuda untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan untuk karyanya sebagai menamatkan segregasi perkauman dan diskriminasi perkauman melalui pembangkangan sipil dan non-violent means. Pada saat kematiannya pada tahun 1968, beliau telah menumpukan semula usahanya untuk menamatkan kemiskinan dan menentang Perang Vietnam, baik dari perspektif agama. Martin ini dibunuh pada 4 April 1968, di Memphis, Tennessee. Beliau secara anumerta dianugerahkan Presidential Medal of Freedom pada 1977 dan Pingat Emas Kongres tahun 2004; Martin Luther King, Jr Hari ini ditetapkan sebagai hari libur nasional AS pada tahun 1986.


Martin Luther King


Sememangnya orang yang bergelar kulit hitam seperti Martin ini sinonim dengan sikap dan kesungguhan dalam menyelesaikan isu perkauman. Dunia seolah meminggirkan manusia-manusia seperti mereka, seolah hitam itu sebagai kotor. Sehingga sekarang ‘persempadanan manusia’ masih lagi bersarang di kalangan penduduk Eropah. Putih tidak akan bersama dengan hitam.

Tidak ada apa yang mahu saya korekkan daripada kisah Martin ini, pengenalan biografinya hanya untuk saya paparkan sahaja, kerana kata-kata beliau yang sungguh unik, lalu saya ilhamkan ia sebagai tajuk artikel saya pada kali ini. Itu sahaja. Seperkara lagi, kebetulan tarikh lahirnya sama dengan saya, cuma tahun sahaja yang tidak sama. Namun ia tidak membanggakan saya kerana dia berbeza agama dengan saya.

Tetapi kata-kata itu sedikit sebanyak memotivasikan saya untuk menulis artikel ini.

Hanya kebetulan.


Gelap itu Perlu

Manusia kadang-kadang terlalu sensitive dengan keburukkan sehingga menafikannya bersungguh-sungguh. sehingga sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, timbul. 'membenci orang yang mahu kembali ke pangkal jalan'

Ya betullah kita membenci kejahatan.

Tetapi apabila sampai ke tahap tidak dapat menerima kehadiran seorang yang jahat yang ingin kembali bertaubat, bukanlah cara yang betul. Meminggirkan manusia yang sudah insaf kerana kejahatannya yang lalu adalah bukan sikap yang dianjurkan oleh ISLAM. Agama tidak mengajarkan begitu. Sebaliknya menghargai mereka-mereka ini kerana perubahan yang dilakukan.

Anda tidak harus berasa bangga kerana anda tidak pernah melakukan kejahatan, Tuhan tidak menilai yang itu. Sebaliknya anda perlu rasa gusar dan gelisah sekiranya penghujung hidup anda ditamatkan dalam keburukkan (nauzubillah). Ketahuilah, orang yang menjadi baik selepas bersalah lebih mulia daripada orang yang merasa dirinya tidak pernah bersalah.

Lalu, janganlah merasa andalah yang terbaik jika perfect daripada kesalahan, kerana itu bukanlah ukuran kemuliaan. Kerana itu saya katakan bahawa gelap itu perlu.

Kadangkala gelap di hati akan membawa sedikit kesedaran untuk kembali kepada kebaikkan. Orang yang tidak kenal buruknya dosa mungkin tidak akan dapat merasakan nikmatnya sebuah kebaikkan. Begitu juga halnya pada orang yang sakit. Seorang yang sakit tidak akan tahu nilai sebuah kesihatan jika tidak terlebih dahulu dia merasakan sakitnya sakit.

Masakan bulan dan bintang itu akan kelihatan oleh mata kita jika tiada kegelapan, hebat bukan nilai sebuah kegelapan? 'When the dark enough, you can see the star'

Oleh itu, jangan senang-senang menghina kejahatan orang lain.

Kerana kita belum tentu dan tahu bahawa kita akan kekal baik selama-lamanya atau pun tidak .

Keputusan hidup anda adalah ditinjau sepanjang hayat anda melalui KEHIDUPAN berdasarkan baik dan buruk di hujungnya nanti. Ada manusia yang baik tetapi berhampiran akhir garisan penamatnya dia tertewas oleh nafsu, akhirnya tamat dengan kematian yang buruk. Ada juga manusia yang sepanjang hidupnya tidak pernah kenal akan kebaikkan, namun izin ALLAH yang memberikan hidayah, di hujung hayatnya dia dihadiahkan oleh sebuah petunjuk dan mati dalam kebaikkan (keimanan). KEHIDUPAN anda adalah penentu destinasi anda samada ke syurga atau sebaliknya.

Jangan benci kegelapan, kerana mungkin ia petunjuk kepada keimanan untuk berubah. lalu, anda mahu yang mana? GELAP atau TERANG?

Untuk read more, tulis di sini...

1 Response so far.

  1. Salam dik..
    olahan adik dalam artikel ni betul2 menyentuh kalbu..
    terutama berkaitan dengan org yang ingin bertaubat.. ingin kembali ke pangkal jalan dipinggirkan.. inilah yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini.. jarang org yg ingin mengambil inisiatif untuk membantu, tetapi ramai sangat org yg memperlekehkan org yg ingin mendekati agama balik seolah2 merekalah org yg bagus, tak pernah melakukan kesilapan..