Sesekali menulis perihal cinta, cepat saja orang menyatakan pandangan, sedangkan saya juga masih mencari landasan dan kaedah bercinta yang sebenar, ianya terlalu rumit untuk dirungkaikan kepada khalayak kerana situasi dan zat cinta itu sudah dicemari akan kefahamannya.

Dalam pada kita mencanangkan erti kata cinta yang hakiki, masih ada yang terperangkap dengan jerat cinta yang berdosa, sesat dan mengundang murka ALLAH. mereka bukannya tidak tahu, tetapi yang melanggarinya kerana sengaja atau mahu mengambil kesempatan. Anggapan umur muda remaja perlu dihabiskan dengan keseronokkan bercinta dijadikan alasan untuk mengenal hati budi. Amat jijik dan berdosa sungguh perumpamaan sebegini. Perihal dan hakikat cinta sudah disalah-ertikan maknanya daripada kata asal. Cinta sudah menjadi mangsa keadaan apabila ia sendiri dinodai. Langsung maknanya berubah:

Cinta Mestilah Bercouple; ‘kalau si dia mengakui bahawa aku sudah menjadi kekasihnya, salahkah mahu mengenal hati budinya? lagipun kami hanya bermesej, tertelefon, dan beryahoo messenger, tidak lebih dari itu, Dosa? Manusiakan tidak semaksum Nabi, dosa itu perkara biasalah’ Lalu, jika setahun bercinta, maka selama 365 hari bertanyakan soalan yang sama kepada kekasihnya, ‘apa khabar?’ ‘sudah makan ke belum?’ ‘pakai baju apa hari ini?’ dan sebagainya. Bagaimana pula jika yang berkasih sudah menjangkau ke angka 4 atau 5 tahun? Barangkali lebih daripada Hati dan “Body” sudah diterokai, silap hari bulan boleh terlanjur! Nauzubillah.

Cinta Tidak Buta, Pembawanya Yang Buta; buta itu suatu keseksaan kepada pemiliknya, sukar untuk melihat, berjalan dan segalanya terhalang kerana dunia dilihat gelap. Andai cinta itu buta, maka cinta telah menyeksa sekalian manusia lantas cinta layak digelar pengkhianat kerana kejahatannya sedangkan naluri cinta adalah suci. Begitulah cinta, pemiliknya sahaja yang mengkhianatinya, ‘diikat’ matanya agar pemilik itu dapat melakukan apa saja yang tidak disukai oleh cinta suci. Akhirnya, cinta telah dicampuri dengan unsur syahwat yang kotor lagi najis. Kata Nabi saw, zina bukan sahaja pada kemaluan, tetapi jua ada pada mata dan tangan yang melakukan dorongan nafsu yang bersyahwat.

Jahil Bercinta; kata orang jika bercinta mesti mengungkapkan “I Love You”. Tidak kira pada siapa, lafaz itu kononnya menjadi lambang percintaan sejati. Ia tidak akan menjadi bukti cinta sejati kecuali betul landasannya. YA, tidak salah jika lafaz itu diungkapkan oleh suami untuk isterinya yang halal, namun lafaz itu bertukar menjadi loya apabila ia diberikan kepada kekasih ‘gelapku’. Kata orang-orang lagi, cinta harus ada kasih sayang dan pengorbanan. Buktinya kita harus berkorban untuk apa sahaja, kerana itu lautan api (api neraka) sanggup ku-renangi.

Kesaktian Cinta; tahap tertinggi bercinta apabila seseorang mampu menerima dan memberi cinta. Mampu mencintai sesuatu walaupun ia tidak terlihat oleh mata. Seorang yang menemui hakikat cinta tidak membuta-tuli menyerahkan kasih dan cintanya kepada sesiapa. Cintanya hanya layak untuk lelaki/wanita yang halal dan sudi menerima cintanya. Kerana dia tahu naluri itu diperolehi hasil kurniaan ALLAH yang menciptakan rasa itu dan dia harus menjaga kesuciannya. ALLAH dan RASUL adalah cinta pertama dan terakhirnya, cinta kepada manusia hanyalah sebagai jambatan untuk sampai kepada cinta sempurnan dan hakiki.

Demikianlah episod kemusnahan cinta sejak akhir-akhir ini, dunia telah meletakkan cinta ke arah kebinasaan. Hakikat cinta semakin hari semakin dikaburi oleh durjana dosa yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahannya bakal menimpa manusia yang buta menilai kesuciannya, tunggulah, hari ini atau esok.


Tip dan Pedoman

Jika ada yang terasa hati, saya menyusun jari pohon kemaafan. Ia sekadar ingatan untuk saya juga dan teman-teman yang saya hargai dan harus saya waspadai. Untuk teman-teman apa salahnya sekali sekala saya memohon ruang untuk menasihati, lagipun penat saya berusaha mencari panduan ini di sebalik rimbunan buku-buku, akhirnya saya temui yang ini dan tidak lokek untuk saya kongsikan bersama anda, hasil buah tangan Pakar Cinta, Pahrol Md Juoi. Katanya, Anda telah bersedia untuk bercouple jika;

• Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara, sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika… niat anda hanya untuk bersuka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

• Anda juga telah bersedia untuk bercouple jika… sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berduaan di tempat sunyi, berpegangan tangan, berSMS yang menaikkan syahwat atau melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

• Sebaliknya anda pula belum bersedia untuk bercouple jika… masih sukar untuk mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan… dot-dot-dot.

• Anda telah bersedia untuk bercouple jika… sudah ‘lepas’ ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. Kalau solat pun masih tunggang-langgang, lupakan hasrat itu dahulu.

• Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika… kandas ilmu fardhu ain, mengaji Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam dalam pelajaran. Atau yang masih tercari-cari pekerjaan.

• Akhirnya, anda telah bersedia untuk bercouple jika… sudah mampu beristiqomah menjaga solat lima waktu (berjemaah atau di awal waktu), berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar.

• Sebaliknya, anda belum bersedia untuk bercouple jika… mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat berjemaah jarang-jarang, puasa pula kadang-kadang…aduhai!

(TENTANG CINTA-Pahrol Md Juoi)


Terlanjur Bercinta?

Dahulu ada teman yang bertanya apabila dia bingung akan istilah bercinta selepas berkahwin. Dia runsing, sampaikan dia berkata: ‘Habis tu, macam mana nak cari calon kalau mahu mendekati perempuan pun tidak dibenarkan?’

Saya mahu memberi tahu anda dan teman saya yang seorang ini, bahawa di dalam institusi Islam ada kaedah mencari pasangan yang cukup berkesan dan rapi penjagaannya. Ramai sudah produk yang berjaya dikeluarkan, buktinya keluarga yang sakinah dan bahagia dapat dilihat hasilnya di mana-mana.

Ia dipanggail Baitul-Muslim. Atau nama komersialnya Ejen Pencari Jodoh.

Anda tidak perlu keluar berpakaian cantik untuk mengorat gadis-gadis di kaki lima Chow Kit atau di Pasar Raya Pertama Kompleks. Atau anda juga tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam berchatting dan bersosial di laman Facebook untuk mencari pasangan yang sesuai atau secocok dengan anda. Jika ISLAM ada menyediakan jalan mudah untuk ke gerbang perkahwinan bahkan menjanjikan kebahagiaan, mengapa tidak saja merebut peluang itu?

Jika di kalangan pelajar dan mahasiswa university Baitul-Muslim ini sudah maklum akan peranannya untuk menyatukan dua hati. Hanya perlu mendaftarkan diri dan menyatakan ciri-ciri wanita idaman mereka, negeri apa, tudung jenis apa yang dipakai, hidung mancung atau sebagainya, sebut apa sahaja ciri yang anda mahukan, andai ada rezeki makan nasi minyaklah jawabnya. Ia langsung tidak merugikan mana-mana pihak bahkan dosa atau pahala anda terjamin keselamatannya.

Penutup;

ISLAM tidaklah menyekat naluri KEHIDUPAN manusia, jika diharamkan berzina agama menyediakan alternatif berkahwin sebagai salurannya. Jika diharamkan arak, sekalian banyak lagi air yang masih dihalalkan oleh ALLAH taala untuk minuman manusia. Jangan sesekali menganggap pengharaman agama sebagai sekatan. Yang haram itu tetap haram kerana keburukkannya yang tersembunyi. ALLAH lebih mengetahui baik buruknya. Manusia hanya perlu mengekori tuntutan agama agar selamat di dunia dan akhirat.

_________________________________


p/s: sore semalam sempat bersembang dengan teman sepengajian lama di Madinah Munawwaroh, dari cerita perkahwinan hingga kepada result exam, dia hanya biasa-biasa saja. kata-katanya agak kelakar tetapi dalam maknanya: 'Nasib baiklah ALLAH itu lihat (menilai) pada USAHA kita, kalau DIA lihat pada result periksa, habislah aku'

YA, sungguh yang diperkatakan oleh teman saya itu ada benarnya, apa yang penting adalah USAHA gigih.

__________________________________________


Dapatkan wallpaper & Poster Motivasi KEHIDUPAN daripada saya di sini: afiqsaa'flickr
Sembang-sembang Motivasi bersama saya di sini (Yahoo Mesengger): afiqsaa@yahoo.com
Perkongsian Idea, Pendapat dan Masalah dengan saya di sini: (Email): afiqsa@yahoo.com
Laman Sosial bersama saya di Facebook: type 'my afiq'


Untuk read more, tulis di sini...

3 Responses so far.

  1. slm.
    mgkin bleh bg tasji' mcm mne nk kawal persaan @ nafsu @ kembimbangan @ keresahan disebbkan sering terbayang2 si"dia" dlm keadaan yg sama dia tidak mengetahui. pendek kata 'syok sendiri'...

    Mohon bantuan...

    kadang diri kuat melawan...
    kadang lemah di buai angan2...

  2. WSLM WBTH

    to anonmous (1): saya amat menghargai perkongsian dengan ini. saya hanya menduga bahawa anda berstatus 'saudari' selepas melihat kepada apa saudari katakan..

    luahan ini memberi idea baru untuk saya nukilkan sesuatu di dalam artikel akan datang. saya jua pernah melalui saat itu, lalu tidak rugi saya berkongsikan cerita ini bersama saudari.

    semoga saudari terus tabah.

    jangan lemah dibuai angan2...
    usah berpatah balik jika melawan...

  3. afiq
    mana ada org usha awek kt kaki lima chow kit dh masa ni - awek indon ramai la.....