Prolog vii

Kehidupan seumpama roda yang tidak berhenti berputar. Semakin ligat ia berputar, semakin cepat edaran masanya berlalu.

Bila aku sendiri menghitung hari, bermaksud semakin lekas masa untuk perpisahan. Namun, jasa-jasanya belum sempat untuk dibalas dan dibayar. Hutang pada budinya, sampai jasadku berceraipun belum mampu untuk aku langsaikan.

Kerana Kebaikannya seindah nama.

Seseorang yang sudah mati tidak akan terasa sedih walaupun seorang diri ditinggalkan di alam sana, tetapi seseorang yang masih hidup akan pasti dengan kesedihannya walaupun yang ditinggalkan di sini masih hidup dalam keramaian manusia.

Setiap kali terkenangkan dengan perpisahan yang bakal kulalui nanti, aku menyejukkan hati dengan pelbagai ungkapan agar ketiadaannya nanti bisa kuhadapi dengan biasa-biasa dan tenang. Bisik hati kecilku:

‘Kehilangan pasti berlaku dalam kehidupan manusia, samada melalui jalan perpisahan ataupun jalan kematian’

Ternyata kedua-dua jalan kehilangan itu sangat sukar untuk aku terima. Tetapi aku percaya, jika aku sempat menjejakkan kaki ke Syurga Firdaus nanti, dialah insan pertama yang akan kucari bukannya bidadari.

Dia akan kujadikan sahabat ketika di syurga dunia dan jua teman di syurga akhirat.

Biarlah aku mati sekalipun sebelum sempat dia menemuiku, akan ku khabarkan ke seluruh isi dunia, tiada siapa yang mampu menandingi kebaikannya.

‘Gunung-ganang, kalau kau mempunyai teman seperti aku, kau pasti akan subur sampai ke akhir hayatmu. Beburung di langit dengarkan apa yang aku mahu bicarakan ini, jika kau mempunyai teman di awanan sepertinya, kau pasti tidak akan hinggap di dahanan pokok kerana sepenuh masamu akan dihabiskan bersamanya di udara’

‘Air di laut, jika kau mempunyai teman sepertinya, aku pasti warna biru mu akan terus segar kerananya, dan airnya terus masin kerana budinya’

Tetapi, kehilangan akan menguburkan segala warna-warni persahabatan itu sehingga menjadikan duniaku gelap. Adakah separuh abad usiaku mencari seorang sahabat akan diakhiri dengan perpisahan yang terlalu mudah ini?

‘Tuhan, maaf dan ampunkan aku jika monolog ini terlalu menyalahkan sebuah takdir. Hakikatnya aku tidak langsung menderhakainya’

Prolog ix

Hampir terasa musim itu mendekati saat angin menghembuskan bayu ke wajahku.

‘Oh bayu, usah kau bertiup lagi, kerana ia menyakitkan hatiku untuk merasai hembusan itu. Berhentilah seketika, agar aku sempat menyeka air mata yang hampir mengalir ini’

Kalaulah musim sejuk ini bisa dilewatkan sepurnama lagi, aku sanggup membayar harganya. Biarkan hari ini tidak akan berganti esok, biarkan esok ternanti-nanti untuk berganti lusa. Kalau boleh, musim bunga tidak akan tiba sampai bila-bila. Agar aku tidak terpisah dengannya.

Tetapi lumrah alam tidak boleh begitu, siapapun aku, insan lain masih lagi memerlukan hari esok dan lusa untuk kehidupan mereka. Aku pasti, jika mereka mengetahui betapa beratnya sebuah perpisahan seperti yang bakal ku lalui, mereka juga tidak sanggup untuk menghadapi hari esok dan hari-hari seterusnya.

Siapalah aku untuk menghalang percaturan Ilahi.

Kehidupan ini, mengajarkan segala pahit-manis yang melengkapkan sebuah frasa dan perjalanannya. Tidak indah sekiranya ia dipenuhi dengan kemanisan semata-mata kerana duka itu satu keperluan untuk merasai suatu yang indah.

Kita mungkin tidak bisa mengenali kemanisan, andai tidak dahulu merasai apa itu kepahitan. Hakikatnya, dengan merasai sebuah kehilangan barulah kita mengerti saat indah ketika bersama. Begitulah manusia, selepas ditarik barulah terkenang, bila sudah dibuang barulah terasa hilang.

____________________________________

“Menung apa tu Syafiq?” Tegur Adam.

“Adam. Duduklah”

“Tersenyum je dari tadi aku tengok?” usik Adam.

“Hati bahagia mestilah senyum”

“Tak mahu kongsi?”

“Boleh, tapi bukan sekarang”

“OK. Kau ingat lagi dengan Nadiah?”

“Ingat, mana boleh tak ingat. Gadis kegilaan lelaki masa kat sekolah kita. Kenapa dengan dia?”

“Dia nak bernikah bulan depan. Tahu dengan siapa?”

“Siapa?”

“Nik” balas Adam pendek. Nama lelaki itu mengejutkan Syafiq.

“Yeke? Nik, Nik. Nampak je senyap, tapi ada hati juga rupanya” ulas Syafiq sambil tersenyum kecil.

“Kau bila lagi, Fiq?”

“Kau tu yang bila Adam. Peminat punyalah ramai, bukan macam aku”

“Ish, ke situ pula. Jangan lambat-lambat Fiq, kalau terlepas tak ada peluang kedua dah”

“Nantilah, setakat ni belum ada jawapan lagi. Entah-entah, aku yang bertepuk sebelah tangan”

“No komen!”

Bersambung…

[Usah Jemu Memberi]

Untuk membaca cerpen ini episod yang lalu di sini: episod 1, episod 2 dan episod 3

6 Responses so far.

  1. smakin hari smakin mnarik, sape syafiq tu ustaz? x sbar nk tggu episod sterusnya..

  2. laa, bru nk feel dh bersmbung lg?
    pape pun turskan mnulis fiq.

    sy wakil mnjwabkan: mybe Syafiq tu Ustad afiq kot..huhu, sje bikin gosip.

    keep it up!

  3. sedih tp sgt mnarik episod nie..
    smbung lh cepat fiq

  4. Assalamamualaikum bwht semua pembaca setia cerpen TERAKHIR DI MUSIM BUNGA,semoga anda sihat selalu.

    kisah ini masih panjang, saya tidak dapat nak memberitahu siapa watak-watak di dalam cerpen tersebut untuk memelihara nilai suspen sepanjang perceritaannya.

    Cuma apa yang boleh saya ceritakan, watak-watak yang saya cuba ketengahkan adalah yang saya ambil dari manusia sekeliling.

    Boleh jadi saya, boleh jadi tidak. Apapun saya terharu kerana anda masih membaca di sini.

    sekian, terima kasih semua.

  5. ustad berbakat jd novelis. sy org mula2 bli novel ustad nnt..

  6. truskan berkarya fiq, x sabar nk baca lg nih..

    all da best!