Bicara
cinta kali ini sedikit berbeza.
Biasanya,
jika kita disayangi seseorang kita pasti dapat apa yang kita hajati
daripadanya. Biasanya jika kita disakiti sesorang, bermakna orang itu tidak
lagi menyayangi kita.
Kita
hendak yang itu tapi tak kesampaian – kita kecewa
Kita
mahukan yang itu tapi dapat yang ini – kita marah
Semuanya
hanya berkisar apa yang kita hendak, dalam masa yang sama kita tak terfikir apa
yang kita perlukan. “hendak” itu barangkali datangnya dari nafsu tetapi “perlu”
itu adalah satu tuntutan.
Ada
kebaikkan yang datangnya dari jalan kemanisan. Itu lumrah. Ada orang mendapat
duit yang banyak tanpa perlu bekerja keras, ada orang berlainan pula jalannya. Dia
bekerja keras tetapi pulangannya hanya sdikit, tapi dia tetap beroleh duit. Walaupun
jalan datangnya yang pelbagai, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk
mendapatkan duit.
Adakala,
kebaikkan itu datang dari jalan kesakitan, kebahagiaan itu muncul daripada
sebuah penderitaan. Cumanya ramai yang tidak sempat sampai kepada fatrah
kebahagiaan akibat gugur di pertengahan jalan kesakitan, sedangkan jika ia
bertahan sedikit masa lagi ia boleh mencapai kebahagiaan yang diinginkan.
Adakah
tidak mustahil jika ALLAH sayangkan seseorang itu lalu ditimpakan sedikit
kesusahan? Kita seringkali tidak terdengar, acapkali ALLAH taala berbisik
begini:
“Sabarlah
wahai hamba-Ku, sedikit masa lagi engkau akan bahagia...”
BANDINGAN
SYUKUR DAN NIKMAT
Sejak
kecil lagi kita diajar agar berterima kasih jika mendapat pemberian. Rasa janggal
jika tidak berterima kasih apabla orang memberi sesuatu kepada kita.
“Along
dah cakap terima kasih pada uncle ke belum?” ujar si ibu mengingatkan anaknya.
“Terima
kasih uncle, bagi saya gula-gula,”
Lafaz
itu mudah tetapi berat hendak diucapkan, sedangkan kita ini hamba yang wajib
menuturkan kata-kata itu setiap hari.
Sekalipun
kita terlupa atau ‘sengaja lupa’ dengan ucapan itu, Allah tak pernah berkecil
hati apatah lagi marah. Bahkan adakalanya Dia menambah lagi nikmat dengan
harapan hamba-Nya akan bersyukur suatu hari nanti.
Namun,
inilah manusia, fitrahnya lupa. Lupa dirinya seorang hamba. Apabila dia tidak
kenal siapa identiti dirinya dia juga tidak akan kenal siapa tuannya, jauh
sekali jika dia ingin berterima kasih. Akhirnya, segala musibah yang melandanya
akan ditafsirkan sebagai kebencian Allah terhadap dirinya. Sedangkan ALLAH Cuma
mahu menguji tanda sayang.
Sesekali
cubalah tanya ke dalam diri, berapa banyakkah ‘hadiah’ yang telah diberikan
oleh ALLAH kepada kita berbanding ucapan terima kasih yang telah kita lafazkan.
Barangkali satu nisbah sepuluh.
Jangan
ditanya soal dosa yang telah kita buat dulu. Hitung dahulu setinggi mana kesyukuran
kita. Jika mahu diikutkan logik, syukur kita sebagai hamba mestilah dua kali
ganda daripada nikmat yang ALLAH berikan. Jika 1 nikmat yang ALLAH beri, kita
mesti mengucapkan dua kali terima kasih, barulah berbaloi kita bergelar hamba.
Cuba
kita semak semula, adakah ini yang berlaku pada kita?
Kita
terlupa bersyukur, tetapi rezeki kita masih tidak terputus.
Kita
terlalai, tetapi kesihatan kita masih berpanjangan.
Kita
terbuat dosa, tetapi doa kita masih dimakbulkan.
Dengan
sekian banyak kelebihan yang ALLAH kurniakan, masih ada alasankah untuk kita
tidak bersyukur?
“Ya
Allah, rupa-rupanya aku belum layak bergelak hamba-Mu..”
sebagai introspeksi, cuba renungkan kisah dibawah,
“DENGARLAH
WAHAI HAMBAKU...”
Wang syiling jatuh di
hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil
itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya
segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula
kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak
lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun
sama,dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh
ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya
,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas
ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada
aras paling bawah.
Namun, jeritan
itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan
tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan
harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia
menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga
habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih
belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu
mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil
itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan
terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi.
Barulah
dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi
menyampaikan pesanan.
“TERIMA KASIH ALLAH...”
kisah
ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering
menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan
menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak
ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap
kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya
tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti
kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan
pengalaman yang menyakitkan.
Dan
hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita..
_________________________________
Nota Kehidupan (1): isteri saya seorang yang kasihkan kucing. Dalam kereta kami ada sebekas makanan untuk dia berikan pada kucing-kucing yang dia jumpa.
Nota Kehidupan (2): Eidul-Adha ini adalah raya yang pertama saya bersama isteri.
[Usah Jemu Membei]