Kadangkala hati menjadi serba salah, peluang tak datang banyak kali, kalau turutkan hati (dan kemudiankan akal) maka yang di depan mata itulah yang diingin-inginkan selama ini. Tapi hasrat jadi terbantut bila memikirkan, urusan ini bukan urusan main-main. Hidup dan mati adalah taruhan. Kalau boleh saya katakan, keputusan ini samada membawa ke syurga atau menempah sebelah kaki ke neraka!

Kahwin! Begitulah bunyinya.

Dahulu, saya pernah bertanya kepada beberapa orang rakan terutama yang masih belum mendirikan rumah tangga, saya juga berstatus bujang ketika itu. Soalannya umum, samada lelaki ataupun perempuan harus menjawabnya dengan jujur:

"Anda seorang lelaki/perempuan yang tidak berperwatakan menarik, belum berpunya dan sudah jemu menanti kehadiran jodoh.  suatu hari ada seseorang yang datang merisik anda. Sememangnya anda teruja kerana dialah mr/mrs Right yang anda cari-cari selamaini. Lalu atas pertimbangan apakah tindakan anda ketika itu?"

"Adakah anda terus menerima lamaran itu kerana impian anda semakin terbuka di depanmata?"

Atau,

"Adakah Anda akan mendahulukan ia dengan istikhoroh dan menyerahkan urusan inikepada Allah sepenuhnya?"

Atau,

"Jika keputusan istikhoroh anda tidak memihak kepada jawapan yang anda kehendaki, sanggupkah anda menolak impian yang sedang terbentang di depan mata itu?"

Oh! Maha beratnya urusan ini.

Apa jawapan saya? Ini dia: Kalau anda mahu bahagia, ikut 'cakap' Allah. Pahitdipermulaan, tapi manisnya berpanjangan.

Setiap kali saya ditanyakan perihal memilih pasangan atau bakal teman hidup, saya akantega dengan jawapan yang sama, saya tak boleh berikan petunjuk, tapi hanya boleh berikan jalan. Sungguh, saya bukan tabib! Saya jawab kepada mereka: dahulukan istikhoroh! Pilihan Allah adalah pilihan terbaik. Walaupun ia bukanlah daripada apa yang kita hendak tetapi ia adalah berupa apa yang kita perlukan, Allah kan Maha Tahu?Mari saya bawakan firman-Nya:

"Boleh jadi apa yang kamu suka itu belum tentu baik untuk kamu. Boleh jadi juga apa yang tidak kamu sukai itu adalah baik untuk kamu, Allah lebih mengetahui tentang apayang kamu tidak ketahui"

Anda pegang kata-kata ini: Semua yang Allah kurniakan adalah bahan yang terbaik untuk seseorang walaupun ia berupa kesakitan.

Kita kembali pada persoalan saya di atas dan Cuba bayangkan sebentar, tanpa istikhoroh anda telah memilih seseorang menjadi teman hidup anda lalu anda berkahwin. Selepas beberapa tahun usia perkahwinan, anda telah berhadapan dengan masalah besbar, suami anda bermain kayu tiga!! Pada masa itu, siapa yang anda mahu salahkan?

Salahkan Allah?? - Eh, masa buat keputusan dahulu, kenapa ketepikan Dia?

Salahkan Diri-sendiri?? - sudah terhantuk baru terngadah!

Namun, jika anda memilih teman hidup berdasarkan petunjuk Allah dan jalan yangdianjurkan oleh agama, sebesar manapun masalah yang datang kepada anda, anda mampu hadapinya dengan tenang, setidak-tidaknya hati anda boleh memujuk dan berkata: 'Inikan pilihan Allah? sekalipun pahit, sudah tentu Dia hendak berikan sesuatuyang baik untukku'

Dalam membuat sebarang keputusan samada besar atau kecil, apa salahnya kita mulakania dengan memohon petunjuk daripada Allah. Ketepikan sekejap soal kehendak atau keinginan.

JANGAN MUDAH MELETAKKAN PIAWAIAN JODOH

“Rasa-rasa”  “kira OK-lah” “ janji ada”

Semua ini adalah piawaian yang tidak berpendirian. Orang lain hendak berkahwin diajuga hendak berkahwin tetapi tiada hala tuju. Masakan urusan memilih jodoh bolehdisamaratakan seperti membeli juadah?

Urusan jodoh bukan urusan 'rasa-rasa' atau 'asal ada' tetapi memerlukan kayu ukur dan piawaian yang halus. Jika 'barang' yang hendak dipakai itu akan kita bawa sampai ke syurga, bahkan jika tersilap langkah ia akan mengheret kita ke lembah neraka, apa salahnya kita memberatkan sedikit piawaian penerimaan kita pada seseorang calon.



Lihatlah dulu bagaimana akhlaknya, agamanya setinggi mana, keturunannya datang darimana, bagaimana pula suasana dan latar belakang keluarganya. Jika yang datang merisik itu cakapnya sopan tetapi rambutnya pula terpacak, adakah itu bakal imam yang anda cari? Sekalipun wajahnya cantik bak pelakon Hindustan, namun tidak bertudung, adakah dia wanita yang anda cari untuk menjadi ibu kepada anak-anak anda?

Bukanlah saya mahu menyukarkan urusan perkahwinan, tetapi sekurang kurangnya dalam memilih calon biarlah aspek agama didahulukan, kriteria calon diutamakan. Usah mudah menjawab YA jika belum benar-benar bersedia. Tinggikan sikit graf kecerewetan anda dalam memilih 'imam' untuk kehidupan anda, namun bukanlah terlalu memilih, jika tidak dapat seorang kiyai atau tok imam anda tidak mahu berkahwin.

Carilah lelaki yang biasa-biasa dari sudut ilmu dunianya tetapi hebat ilmunya tentang ukhrowi. Carilah wanita yang walaupun tidak tahu memasak tetapi tahu membezakan antara dosa dan pahala. Orang-orang seperti ini, jika tidak kayapun anda akan dapat merasakan kebahagiaan bila bersamanya, kerana kebahagiaan yang hakiki adalah kekayaan yang bersumberkan agama. Harta boleh memberikan kebahagiaan tapi kebahagiaan yang sekejap dan sementara. Jika anda memberikan bahagia dengan agama, nescaya bahagianya akan berpanjangan.

Saya memetik sepotong hadis Nabi saw: "Nikahilah wanita itu kerana 4 perkara, keranakecantikkannya, kerana hartanya, kerana keturunannya. Maka utamakanlah ugamanya,nescaya akan beruntunglah kedua tanganmu"

Anda nampak bukan? Nabi saw pun tidak menghalang untuk kita mencari pasangan yang cantik dan berharta, tetapi janganlah sampai mengabaikan soal agama. Cantik biarlah beragama, kaya biarlah beserta agama.

Mutakhir ini, orang sudah mula melupakan agama, mereka menyisihkan agama dalam banyak perkara, samada dalam urusan harian mahupun urusan jodoh.

JANGAN PULA MENANGGUH-NANGGUH!

Piawaian tetap piawaian, cerewet pula tidaklah salah, tetapi menangguh-nangguhkan urusan ibadah besar ini merupakan kerugian besar! Apa tidaknya, kalau setiap pekerjaan gaji anda digandakan, bukankah itu menolak untung namanya?

Segelintir orang perempuan yang belum berkahwin seringkali menjawab begini apabila diselorohkan tentang jodoh:

"Impian dan cita-cita saya belum tercapai lagi"

"Saya nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi"

"Saya belum bersedia ke arah itu"

Saya kira, jawapan sebegini amat merugikan empunya badan. Seolahnya perkahwinan menjadi batu penghalang untuk mencapai sesuatu. Bahkan jika tanpa sebab musabab yang kukuh ia seperti bertentangan dengan satu sabda Nabi saw: "Apabila dating seorang lelaki kepadamu yang baik agamanya, maka (segera) nikahilah ia"

Allah pun menyuruh manusia bersegera ke arah kebaikkan, 'fastabiqul-khairot'

Saya melihat, individu yang memandang perkahwinan itu sebagai tanggungjawab yang berat kerana mereka melihat dari sudut yang salah. Jika kita melihatnya sebagai bebanan dan tekanan maka jadilah ia sebagai masalah kepada kita. Namun jika kita melihatnya sebagai peluang untuk menambah kuota amal ibadah, susah setara manapun pun, kita tetap diberikan ganjaran, senang apatah lagi.

PENUTUP

Cinta bukanlah bahan ujikaji, sekali anda termasuk ke alamnya, bererti anda menempah dua kemungkinan, samada enak dengan buaian dosa atau tenang dalam pengibadatan.

Maafkan saya, seperkara lagi yang sama mahu tambah, dalam arena percintaan yang berlainan jantina, Islam tidak pernah memperkenalkan istilah couple dan ia tidak langsung menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam, couple tidak boleh diletakkan di bawah "Perlembagaan Cinta Islamik”. Ramai yang telah terperangkap dengan istilah 'kenal hati budi', akhirnya bukan budi yang dikenali tapi body yang tergadai. Nauzubillah!

"Tapi ostad, ada orang kata couple halal lepas berkahwin?"

Sesudah berkahwin lain ceritanya, kalau selepas berkahwin anda hanya mahu bercouple, nescaya rugilah anda, Islam membenarkan lebih dari couple jika pasangan itu pasangan yang halal.

Maknanya, couple pun bersyaratlah?

Begitulah kurang lebihnya.

_____________________________

Nota Kehidupan (1): Ini artikel saya selepas saya berkahwin. Maaf, jika ‘ramanya’ berbeza daripada dahulu

Nota Kehidupan (2): Untuk mengorangkan manusia lebih sukar berbanding melatih seekor harimau bermain sarkas. Walaupun nampaknya tiada keletihan fizikal, tetapi sangat mencabar dari sudut rohani. 

5 Responses so far.

  1. MashaAllah, Artikel ditulis pada masa saya sedang hadapi situasi di atas. Menolak takut dikatakan memilih, namun nak diterima pula, diri pun tak kenal betul orangnya.

    Hanya satu benda yang saya pegang:
    Kalau nak redha Allah dalam hidup, semuanya kena ikut syariat.

    Dan itu juga kata-kata yang saya sampaikan padanya.

    Moga Allah beri petunjuk ke arah yang diredhaiNYA

  2. salam shbt.. smg istiqamah dlm perjuangan.. dan smg sentiasa dlm redha Allah..

  3. Setuju dengan kamu. jgn meletakkan peratusan dlm menetapkan cinta krn ianya memang sukar di ramal.

    CiM percaya pada takdir & jodoh yg ditentukan Allah. Redha krn Dia maha mengetahui segalanya...

  4. ustaz, bagaimana kalau ada dlm hati sedikit sesalan lepas perkahwinan, adakah ia sebuah ujian atau gangguan syaitan,