SUDAH JADI TABIAT

Sahabat-sahabat saya majoritinya semua sama-sama menuntut dalam pengajian yang sama bidang dengan saya, pengajian Islam. Bidang pengajian ini biasanya sudah menjadi buah mulut sesiapa sahaja, sebut sahaja pengajian Islam atau syariah, pastinya orang itu akan dipandang hebat, gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' sudahpun sinonim dan melekat pada graduan ini. Lebih-lebih lagi mereka adalah keluaran timur tengah, balik ke kampung halaman pasti disanjung-sanjung. Maka berebut-rebutlah si ibu meninjau-ninjau kalau-kalau anak mereka sesuai dijodohkan dengan ustaz atau ustazah tadi. Tetapi ibu-ibu mungkin tidak tahu disebalik itu…

Sepertinya saya malu untuk membongkar tabiat mereka ini, kerana membuka aib ini beerti membuka aib saya sendiri, namun apa boleh buat, untuk kesedaran kita bersama saya ingin berkongsi saja cerita-cerita ini. Anggap saja sesiapa yang tidak berbuat demikian seperti tiada apa-apa. Siapa yang tergigit cili, pedasnya pasti terasa.

"Ada setengah ulamak lain kata, rokok tu makruh je,"

Inilah yang menjadi masalah utama kepada pelajar-pelajar syariah (bukan semua). Bagi mereka, kalau yang melakukan feel itu adalah pelajar syariah semuanya betul, walaupun beratnya perlakuan mereka itu tidak betul. Jawapan "ada khilaf" di kalangan ulamak sudah jadi permainan di bibir mereka. Sudahnya, orang-orang biasa seperti kita tidak mampu untuk menjawab dan membantah perlakuan mereka itu, manalah sangat ilmu fardhu ain seorang akauntan kalau nak dibandingkan dengan seorang pelajar syariah usul fiqh.

Persoalannya mengapa gemar ambil yang makruh? Yang haram mahu letakkan di mana? GEJALA atau SIKAP utama yang saya ingin kongsikan adalah tabiat meringan-ringan pandangan agama. Bukan tidak boleh beringan-ringan dalam agama, Islam juga ada menganjurkan dan mengizinkan tindakan RUKHSAH, tapi perlu beringat, ringan tadi bukanlah bermaksud meringan-ringankan suruhan, sebaliknya kalau dalam keterpaksaan ianya diringankan dan dipermudahkan taklifan itu.

Kalau difikir-fikirkan semula, wajarnya golongan agama seperti mereka mengambil pendapat yang berjaga-jaga (waimah pendapat itu berat sekalipun) untuk mempamerkan keindahan agama Islam, bukan pendapat yang paling ringan, sepatutnya juga merekalah yang perlu berhalus dalam memperhalusi agama, agar mereka yang lazimnya menjadi role model akan diiktiraf sebagai ikon Islam, namun apa yang berlaku sudah terbalik. Anda bayangkan, yang selalu menghadirkan diri untuk solat berjemaah di masjid-masjid kampus adalah berjurusan doktor-doktor dan pengajian bahasa Inggeris. Yang mengambil bidang Business Study itulah yang rajin menghadiri usrah dan komit terhadap amal ijtimaie masyarakat. Yang ke kuliah dengan berbaju melayu dan berketayap itulah pelajar komputer. Yang ponteng kelas dan kuliah, adalah ustaz dan ustazah (bukan semua). Maaf, niat saya bukan untuk memburuk-burukkan golongan ini namun sekadar untuk menegur sahaja sikap dan pendirian, itu sahaja. Langsungnya ustaz dan ustazah syariah tadi tenggelam timbul dalam arus kemodenan. Kata mereka kita mesti mahu fleksibel, beredar mengikut masa dan zaman sehinggalah tergadai prinsip-prinsip agama yang mereka pelajari.

MASUK dan MENJADI

"Ustaz sekarang mesti kena masuk dengan mad'u.."

Perlu diingat semula, masuk ke dalam suasana mad'u bukan beerti kita berubah identiti dan prinsip, sebaliknya kita perlu memahami situasi sasaran. Namun, kefahaman "masuk" itu sudah disalahtakrifkan definisinya. Seolah-olah masuk itu membawa maksud 'pendakwah mesti menjadi' apa yang terjadi pada mad'u. Silap sama sekali, kalaulah demikian seorang ustaz terpaksalah menjadi penagih dadah sementara (part time) kerana mahu masuk ke dalam mad'u, dengan harapan penagih akan kembali ke pangkal jalan, Ustaz juga boleh berlumba dan merempit di jalanan semata-mata untuk memberi kesan dan impak yang besar dalam dakwahnya. Ustaz juga dibenarkan berdating agar wanita-wanita dapat di dakwah dan di jaga.oh, silap sama sekali.

Masuk atau menjadi dua intiti yang sangat berbeza, yang ingin saya sampaikan adalah para pendakwah perlu memahami situasi mad'u dengan membawa method yang sesuai ketika berdakwah, di samping melaksanakan dakwah secara halus (hikmah) sesuai kedapatan mad'u. bukan pula terus merubah imej diri menjadi seratus peratus mad'u.

"alaa...janji tutup aurat, pakaian lain kira.."

Seperkara lagi yang menjadi kebingungan saya adalah berkaitan imej dan identiti pelajar-pelajar agama ini. Saya sendiri kadangkala menggelengkan kepala apabila melihat cara mereka berpakaian. Bukan maksud saya ustaz mahupun ustazah perlu berjubah dan berserban sepanjang masa, tetapi saya belum nampak beza pakaian seorang ustaz dengan pakaian seorang mat rempit. Identiti pelajar agama sudah hilang sekarang, kalau dahulu di era 90-an melihat sahaja pada pakaian, kita sudah boleh mengagak itu pelajar akademi Islam atau pengajian biasa, kerana imej itu sudah sinonim. Berkopiah sahaja orang itu, pastinya graduan agama. Lainnya sekarang, ustaz pun sudah up date, kopiah bukan di atas tapi di dalam poket sebagai persediaan emergency kalau-kalau ada urusan dengan ustazah, baru nampak thiqah.

Saya tidak berniat untuk menghina ustaz-ustaz yang tidak berkopiah, kerana saya sendiri bukan selalu berpakaian begitu, kadang-kadang tertinggal juga. Tetapi sekurang-kurangnya untuk pelajar agama ini, biarlah menampakkan gaya seorang pelajar agama, biarlah mereka ini dikenali dengan seorang agamawan dengan imej yang ditampilkan, tidak kiralah dari sikapnya, perilakunya dan pemakaiannya.

bersambung...

0 Responses so far.